MPN hanya badan penasihat, tiada kuasa melaksana

September 27, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Majlis Pemulihan Negara (MPN) hanya bertidnak sebagai badan penasihat kepada kerajaan yang tidak mempunyai kuasa pelaksanaan.

Pengerusi MPN itu berkata, perakuan-perakuan MPN dibawa ke Kabinet untuk kelulusan dan selepas itu hendaklah dilaksanakan oleh kementerian atau agensi kerajaan yang berkenaan.

‘’Sebagai Pengerusi MPN saya tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Menteri atau Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Pengarah jabatan kerajaan mengambil langkah-langkah tertentu atau membuat keputusan tertentu bagi mempercepatkan proses pemulihan negara. Kuasa ini adalah terletak di tangan Perdana Menteri dan Kabinet.

“Ini bermakna, skop tugas MPN ialah memberi nasihat dan perakuan kepada kerajaan dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meneliti perakuan yang dikemukakan dan melaksanakannya,’’ katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini (27 September 2022).

Muhyiddin mengulas kenyataan beberapa pihak yang mengatakan MPN tidak berfungsi dengan baik dalam memacu pemulihan negara.

Beliau berkata, MPN dianggotai oleh Menteri Kewangan sebagai Menteri Penyelaras, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Kanan Pertahanan, Menteri Kanan Kerjaraya, Menteri Kanan Pendidikan, Menteri Kesihatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Ketua Setiausaha Negara dan pakar-pakar ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk wakil daripada parti-parti pembangkang.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, beliau tidak berniat untuk menuding jari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau sesiapa.

‘’Tujuan saya ialah supaya semua pihak sedar bahawa negara kita tidak berada dalam situasi yang baik pada masa ini.

”Walaupun terdapat petunjuk-petunjuk yang positif dari segi kadar pertumbuhan, kadar penggunaan (consumption rate), kadar pengangguran dan lain-lain, petunjuk-petunjuk positif ini adalah sementara sebelum negara kita berhadapan dengan jangkaan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun hadapan. Jika langkah-langkah segera tidak diambil untuk memperbaiki keadaan, rakyatlah yang akan menanggung sengsara,’’ katanya.

Sehubungan itu beliau berharap, Perdana Menteri dan kerajaan memberikan tumpuan utama kepada usaha melaksanakan langkah-langkah yang lebih berkesan untuk memulihkan ekonomi negara dengan lebih cepat dan meringankan beban rakyat terutamanya akibat kenaikan harga barang dan kadar inflasi.

‘’Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan pada tahun hadapan juga akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat dan saya berharap kerajaan menerusi Bajet 2023 akan dapat mengemukakan langkah-langkah yang seimbang dan berkesan dalam mengawal kenaikan kadar inflasi, mengatasi kejatuhan nilai ringgit, merangsang pertumbuhan ekonomi dan membantu rakyat yang susah,’’ katanya. – WartaRakyat

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
4 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Jangan ugut penjawat awam kerana dendam politik: Wan Saiful
17 jam lalu· Politik
Sekurang-kurangnya Kabinet kerajaan PN sebelum ini tiada kluster mahkamah
19 jam lalu· Politik
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
13 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
14 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
14 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok