MPN gesa laksana segera ‘laluan hijau’ permudah urusan PMKS

October 17, 2022 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negara (MPN) meminta kerajaan melaksanakan program ‘laluan hijau’ bagi mempermudahkan urusan bantuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Ahli MPN Datuk Michael Kang Hua Keong berkata polisi itu penting terutama, untuk memulihkan semula situasi ekonomi yang terkesan sejak pandemik melanda pada 2020.

Katanya, polisi sedemikian dapat membantu mengatasi masalah birokasi, terutama dalam isu pengambilan pekerja asing dan masalah kewangan PMKS.

“Kerajaan perlu melaksanakan polisi laluan hijau ini supaya setiap urusan dibuat PMKS yang terjejas dapat dipermudahkan sebagai contoh, urusan pengambilan pekerja asing.

“Jika ada majikan membuat permohonan mendapatkan sejumlah pekerja asing segera, luluskan dahulu 50 peratus daripadanya supaya mereka dapat meneruskan perniagaan yang terjejas.

“Baki 50 peratus lagi boleh diluluskan selepas segala urusan dokumen selesai sepenuhnya kerana ia sudah pasti akan mengambil masa lama,” katanya baru-baru ini, menurut BH.

Michael berkata, sehingga September lalu 1.15 juta permohonan kuota pekerja asing diterima daripada semua sektor dengan 40.5 peratus atau 467,223 kuota sudah diluluskan.

Namun katanya, sehingga 12 September lalu, hanya 76,000 pekerja asing dibawa masuk ke Malaysia, sekali gus menjejaskan pelbagai sektor sehingga terpaksa menanggung kerugian besar.

“Difahamkan pada bulan ini ada kemasukan 100,000 sehingga 200,000 lagi pekerja asing, tetapi jumlah ini masih tidak mencukupi berbanding permintaan dan negara memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 lagi pekerja asing.

“Justeru, MPN berpandangan langkah segera perlu diambil bagi mempercepatkan proses kemasukan pekerja asing dalam semua sektor industri bagi menyokong proses pemulihan negara,” katanya.

Michael berkata, ketika ini tiga sektor terjejas teruk sehingga turut memberi kesan kepada negara dan rakyat adalah pembinaan, pelancongan dan peruncitan.

Katanya, sektor itu terjejas teruk turut berpunca daripada masalah kekurangan tenaga pekerja asing.

Pada 13 Oktober lalu, Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan menyediakan ‘laluan hijau’ bagi memudahkan pelaksanaan segala cadangan yang telah dibuat MPN, supaya bantuan kepada pihak yang memerlukan dapat dipercepatkan.

“Jadi kalau dah ada cadangan banyak, yang saya dah ulas hari itu, 20 peratus kalau ambil kira pun sebahagian besarnya di sektor kesihatan…dan 20 peratus itu bermula waktu saya juga.

“Macam mana kita nak menangani pandemik Covid, macam mana nak buat suntikan vaksin, dapat bekalan fasa satu, dua, tiga. empat… dan disebabkan sistem dah tersusun rapi, maka Kementerian Kesihatan (KKM) dapat meneruskan… tidak ada masalah.

“Tapi kalau ini patutnya apa isu yang dibawa oleh MPN dia bagi green lane… macam dilakukan Imigresen. Kalau green lane itu cepat lalu saja… kalau tidak nanti dia pergi check satu-satu buka tengok gini gini gini lambatlah,” kata Muhyiddin.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Pulih lebih cepat, pulih lebih hebat
November 4, 2022· Rencana
Tangani segera kekurangan pekerja asing, MPN beritahu kerajaan
October 31, 2022· Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
October 3, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
October 3, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
6 minit lalu · Isu semasa
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
15 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
17 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok