MPN cadang tubuh Tabung Makanan atasi inflasi, bantu rakyat susah

July 26, 2022 · Isu semasa

Ekoran peningkatan inflasi dalam negara yang meningkat setiap bulan, Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan supaya kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) menimbang untuk menubuhkan satu Tabung Makanan atau Fund for Food.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata MPN hari ini membincangkan berhubung penubuhan satu Tabung Makanan tersebut bagi memastikan pengeluaran bahan makanan dalam negara ditingkatkan dan mengurangkan tekanan inflasi yang sedang dihadapi oleh rakyat.

“Kita ada bincang supaya menerusi Bank Negara mempertimbangkan satu Tabung Makanan atau Fund for Food yang dulu disediakan.

“Diminta supaya di peringkat institusi kewangan bank perdagangan komersil di Malaysia menyediakan sebahagian daripada pinjaman mereka untuk menggalakkan pengusaha-pengusaha, penanam-penanam dan petani-petani meneroka secara lebih agresif untuk mengeluarkan bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh negara.

“Dengan cara itu mungkin dapat mengurangkan beban tekanan inflasi yang dihadapi oleh penduduk kita terutama dalam kategori B40,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam mesyuarat MPN hari ini juga, Muhyiddin juga berkata perbincangan juga tertumpu kepada cadangan subsidi bersasar bagi memastikan kumpulan yang betul-betul layak menerima bantuan tersebut dan bukan mereka yang berpendapatan tinggi.

“Tadi pun kita ada bincang masalah perlunya kerajaan mengkaji semula bentuk subsidi yang telah digunakan selama ini cukup besar.

“Mungkin dicadangkan supaya subsidi bersasar di dilaksanakan iaitu hanya mereka yang berhak dan layak dalam kategori umpamanya B40 atau B50, yang ini diberikan tumpuan lebih kerana hampir lebih 50 peratus daripada subsidi yang kerajaan sediakan dinikmati oleh orang-orang yang berpendapatan tinggi,” katanya lagi.

Untuk rekod, Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun kepada 127.4 pada Jun 2022 berbanding 123.2 pada Jun 2021, melepasi purata inflasi di Malaysia bagi tempoh Januari 2011 hingga Jun 2022 sebanyak 1.9 peratus.

Dilaporkan sebelum ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata indeks makanan meningkat 6.1 peratus dan kekal sebagai penyumbang utama kenaikan inflasi pada Jun.

“Semua kumpulan lain kecuali komunikasi turut merekodkan kenaikan dan mendorong inflasi keseluruhan kepada 3.4 peratus.

“Pengangkutan meningkat 5.4 peratus diikuti restoran dan hotel (5.0 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.4 peratus), pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.2 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (2.2 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kadar inflasi negara masih disifatkan masih rendah berbanding dengan negara jiran yang lain.

Ismail Sabri berkata kejayaan negara mengekalkan kadar inflasi terendah di Asia Tenggara adalah hasil langkah kerajaan menyediakan subsidi yang besar bernilai RM77 bilion, jumlah tertinggi dalam sejarah negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kenaikan harga jagung bijiran dan baja serta kenaikan kos logistik telah menyebabkan peningkatan harga barangan yang menyaksikan kadar inflasi juga meningkat tinggi.

“Namun begitu, Malaysia masih mengalami inflasi pada kadar terendah di Asia Tenggara hasil usaha berterusan kerajaan menanganinya dengan memberikan subsidi berjumlah RM77 bilion,” katanya dipetik laporan media sebelum ini.

Berita berkaitan
Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan
15 jam lalu· Politik
Hamzah sahkan PN sudah mohon tarikh baharu jumpa Ismail Sabri
17 jam lalu· Politik
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar
August 17, 2022· Isu semasa
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
August 15, 2022· Politik
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Skandal LCS: Rafizi dakwa syarikat ditubuh di Malta bawa lari RM192 juta
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
8 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
8 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
9 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
10 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok