MP UMNO mengaku sokong Anwar jadi PM dilantik Pengerusi PUNB

October 18, 2021 · Isu semasa

Datuk Ahmad Nazlan Idris yang sebelum ini dilapor mengaku menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang baharu berkuat kuasa Jumaat lalu.

Pengumuman pelantikan Ahli Parlimen (MP) Jerantut itu dibuat PUNB dalam satu kenyataan hari ini sambil memaklumkan Ahmad Nazlan menggantikan Tan Sri Noh Omar yang meletak jawatan pada 1 September lalu susulan pelantikannya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Menurut PUNB, Ahmad Nazlan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Pengerusi Kolej Poly Tech Mara (KPTM) selain pernah menjadi Ahli Majlis Penasihat Felda dan Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Global Ventures Sugar Sdn Bhd serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

“Ahmad Nazlan memiliki Ijazah Sarjana Muda Bimbingan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sijil Perguruan Asas dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan warga kerja PUNB merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Ahmad Nazlan dan mengalu-alukan kehadiran beliau di PUNB.

“Dengan pengetahuan dan pengalaman luas Ahmad Nazlan diharap dapat membantu memacu kecemerlangan sekali gus memantapkan kedudukan PUNB sebagai pusat pembangunan keusahawanan bumiputera terulung negara,” kata Izwan.

Pada 3 Julai lalu, Ahmad Nazlan mengakui kepada Mingguan Malaysia beliau menandatangani SD yang menamakan Presiden PKR itu sebagai Perdana Menteri baharu.

Memetik laporan itu, SD berkenaan adalah yang kedua ditandatanganinya selepas yang pertama kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussien sebagai sokongan kepadanya untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Interim jika Majlis Raja-Raja Melayu menubuhkan kerajaan interim.

Ahmad Nazlan dalam laporan itu berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau melihat kerajaan yang ada adalah ‘Kerajaan Percubaan’ bagi mencari kerajaan yang terbaik sebagai pengganti Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, selepas BN tumbang, ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sempat memerintah 22 bulan sebelum ditukar kepada kerajaan di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN).

“PH terbukti gagal, selepas itu PN yang pada pandangan saya, walaupun tidak gagal tapi belum berjaya membantu rakyat, jadi kenapa tidak kita cuba pula kerajaan baharu yang ketiga demi mencari kerajaan terbaik menggantikan BN.

“Jadi, apabila ada idea mencadangkan Anwar sebagai Perdana Menteri, saya bersetuju. Masih ada dua tahun ketika ini yang boleh kita cuba, kita dah merasai 22 bulan di bawah PH, berbelas bulan dengan PN dan kita rasa pulalah kerajaan baharu, mungkin kerajaan baharu itu nanti lebih berwajah baru,” katanya.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan tular dalam media sosial satu dokumen dikatakan dibawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong 11 Jun lalu yang menegaskan UMNO membuat keputusan untuk keluar daripada kerajaan PN sebelum tarikh akhir 1 Ogos ini.

Dokumen tersebut juga mendedahkan Zahid kononnya mendakwa semua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO berikrar untuk meletak jawatan daripada kerajaan PN.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
12 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
12 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok