MP PN tuntut bayaran tunai petroleum terus ke Kelantan

March 7, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Kelantan hari ini menggesa Putrajaya menjelaskan tuntutan bayaran tunai petroleum secara terus kepada negeri itu demi kepentingan rakyatnya.

Mewakili PN, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pihaknya kesal dengan kenyataan kerajaan sebelum ini berkait hak mendapatkan royalti mesti berada dalam perairan tiga batu nautika dan penyaluran atas nama wang ehsan yang diberikan kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Sedangkan katanya, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada November 2015 menolak Akta Laut Wilayah 2012 atas asas mendapati kerajaan Persekutuan mengambil peluang dengan mengehadkan sempadan setiap perairan negeri kepada tiga batu nautika, sekali gus menafikan hak negeri itu menerima bayaran royalti sebanyak lima peratus.

“Pada 5 Mei 2019, Kelantan menarik balik saman terhadap Petronas kerana ketika itu terdapat usaha bagi melunaskan bayaran tunai kepada Kelantan.

“Ia berlandaskan Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang jelas menyatakan bahawa bayaran tunai hendaklah dijelaskan sebanyak lima peratus dengan pembayaran dua kali setahun berdasarkan nilai purata setiap enam bulan,” katanya lapor BH.

Kerajaan Kelantan turut membuat tuntutan sama semalam di mana Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakon berkata negeri itu berhak menerima royalti terbabit berdasarkan Perjanjian Kerajaan Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975.

Dalam pada itu, Takiyuddin turut membangkitkan rekod persidangan Dewan Rakyat pada 15 November 1974 di aman Tun Abdul Razak ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang menyatakan bahawa mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperoleh dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri terbabit yang dijual Petronas, agensi atau kontraktornya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata, Petronas tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada Kelantan dan Terengganu.

Azalina berkata ini kerana kedudukan medan pengeluaran petroleum itu terletak di luar tiga batu nautika dari garis air surut wilayah Kelantan dan Terengganu.

Azalina berkata demikian sebagai menjawab soalan bertulis dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) di Dewan Rakyat.

Berita berkaitan
Untung Petronas 2022 sebelum kerajaan campuran terbaik dalam sejarah
March 14, 2023· Isu semasa
Harga minyak petrol tak turun, kekal paras lama
March 8, 2023· Isu semasa
MP PKR pertahan cadangan penyenaraian IPO Petronas, dedah formula kiraan
February 24, 2023· Isu semasa
PRN Kelantan sedia diadakan pada bila-bila masa: MB
February 18, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok