MP PN fail usul tergempar, bincang kunjungan Anwar ke Arab Saudi

March 27, 2023 · Isu semasa

Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini yang dikatakan ‘lawatan rasmi negara’ menjadi semakin menarik apabila Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat, hari ini (27 Mac 2023).

Ahli Parlimen PN Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memfailkan usuldi Dewan Rakyat bagi membincangkan lawatan yang dianggap memalukan itu.

Pada sidang media di Parlimen hari ini, beliau mendakwa Anwar gagal menghadiri pertemuan yang dijadualkan dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salaman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, cara Anwar menangani urusan dalam lawatan itu memberi impak kepada hubungan dua hala yang boleh menjejaskan kuota haji bagi umat Islam Malaysia, serta penjualan produk minyak sawit, yang merupakan penyumbang utama kepada Perbendaharaan.

Beliau juga berharap Anwar akan menghadiri sidang Parlimen yang dijadualkan di Dewan Rakyat, esok, supaya soalan pembangkang dapat dijawab secara langsung.

“Kami akan berada di sana. Kami tidak akan lari. Kami tidak akan membuat laporan polis,” kata Wan Ahmad Fayhsal.

Beliau merujuk kepada perjanjian dua hala yang telah dipersetujui oleh kedua-dua kerajaan pada Mac 2021 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri di mana Malaysia diperuntukkan 10,000 kuota tambahan untuk haji, dan tambahan eksport 500,000 metrik tan minyak sawit kepada Arab Saudi bernilai RM1 bilion.

Anwar memulakan lawatan rasmi tiga harinya ke Arab Saudi pada 22 Mac lalu ditemani isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Agensi berita nasional Bernama melaporkan Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed di Istana Al Salam.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal turut menganggap lawatan Anwar itu adalah satu “blunder” atau kesilapan besar diplomasi antara Malaysia dan Arab Saudi.

Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu juga mengingatkan bahawa Arab Saudi sebelum kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) memerintah adalah sekutu utama Malaysia dalam politik antarabangsa.

Beliau juga meminta penyokong kerajaan belajar daripada lawatan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau melawat Arab Saudi pada 2021.

Muhyiddin turut diberi penghormatan untuk masuk ke dalam Kaabah sepertimana Perdana Menteri Malaysia sebelum-sebelum ini,” katanya sambil menjelaskan apa yang dilakukan Muhyiddin itulah yang dinamakan ‘Lawatan Rasmi Negara’ yang mengeratkan lagi hubungan dan menambahkan manfaat antara kedua-dua negara.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok