MP PH kata lantik Nurul Izzah salah dari segi moral

January 30, 2023 · Isu semasa

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya melantik anaknya, Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat ekonomi dan kewangan, wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sendiri melihat perkara itu tidak betul.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata meskipun lantikan itu tidak salah di sisi undang namun ia dilihat tidak benar dari sudut moral.

“Legally right but morally wrong. (Betul dari segi undang-undang tetapi salah daripada segi moral),” katanya lapor Malaysiakini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusannya menawarkan jawatan tersebut kepada Nurul Izzah sambil menegaskan anak sulungnya itu mempunyai dua ijazah iaitu ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat (AS).

Malah kata Pengerusi PH itu, beliau turut tidak mempunyai kelulusan berkaitan kewangan namun dilantik menjadi menteri kewangan selama lapan tahun sebelum ini.

Beliau menegaskan Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun bagi jawatan tersebut.

Meskipun begitu, lantikan tersebut tetap menerima kritikan pelbagai pihak termasuk badan pemikir, Pusat Pendidikan Pasaran (CME) yang menegaskan penasihat atau pegawai kanan kerajaan wajib mempunyai latar belakang khusus.

Berita berkaitan
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023· Isu semasa
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
2 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
5 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
5 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
5 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok