MP Johor gesa kerajaan teliti makanan basi, nasi mentah di PPS

March 6, 2023 · Isu semasa

Dua Ahli Parlimen Johor menggesa kerajaan meneliti kualiti makanan yang dihantar kepada mangsa banjir di negeri itu susulan terdapat laporan makanan basi, nasi mentah dan makanan terlalu lewat diterima.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) menegaskan perkara seumpama itu sepatutnya berlaku.

“Minta kerajaan tengok balik…nombor satu, kualiti makanan. Jangan hantar makanan basi, nasi tak masak.

“Kedua, minta tolong supaya percepatkan urusan ini (isu penghantaran makanan) kerana dulu kita tidak ada masalah. Sejak 2006, kita sudah berkali-kali menguruskan banjir tetapi kali ini disebabkan kita tukar format,” katanya mencelah Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Ka Siong ada berkongsi video pertemuannya dengan beberapa mangsa banjir di Johor yang mengadu tentang kelewatan makanan yang sampai ke PPS.

Malah beliau turut menunjukkan kualiti dan kuantiti makanan yang diterima mangsa banjir melalui klip video yang dikongsi di akaun media sosialnya.

Tegas Ka Siong kerajaan tidak sepatutnya hanya bergantung kepada satu kontraktor untuk membekalkan makanan kepada mangsa banjir.

Dalam pada itu Aminolhuda turut membangkitkan perkara sama yang melanda di kawasannya sendiri di mana makanan yang dihantar kepada mangsa banjir lewat.

Selain itu katanya mangsa banjir di negeri itu turut berdepan kekurangan keperluan asas termasuk khemah untuk berteduh.

“Penduduk kekurangan peralatan. Sudah pindah dan duduk di tempat yang ditentukan tetapi khemah lambat sampai.

“Khemah, selimut dan keperluan asas untuk mereka dapat berteduh serta berehat, amat diperlukan,” katanya.

Berita berkaitan
Tak ada dibuat kerajaan di dunia kawal harga makanan siap masak: Rafizi
March 21, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Johor meningkat sedikit, Pahang sedikit menurun
March 8, 2023· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir di PPS turun sedikit petang ini
March 7, 2023· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
9 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
21 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok