MP DAP kecewa kerajaan tekan syarikat pengeluar arak Timah

November 9, 2021 · Isu semasa

Seorang Ahli Parlimen (MP) DAP, Chong Chien Jen membidas kerajaan kerana tindakan menekan pengeluar syarikat arak jenama Timah yang menjadi kontroversi sebelum ini sehingga terpaksa menimbang untuk menukar nama baharu arak tersebut.

MP Stampin itu berkata tindakan tersebut menjadi ‘bahan jenaka antarabangsa’ dan mengkritik tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang mengarahkan pengeluar arak terbabit menukarkan jenama produk mereka

Rentetan arahan itu, Chien Jen mendakwa menteri tersebut ‘tunduk’ dan mengikuti fahaman rakan gabungannya dalam Kabinet iaitu PAS.

“Saya amat sedih dengan tindakan kerajaan dan lebih sedih apabila menteri yang meminta sedemikian berasal dari Sarawak yang kononnya lebih rasional dan minda terbuka.

“Dari permukaannya, keputusan sedemikian mungkin dilihat hanya memberi kesan kepada sebuah syarikat, tetapi hakikatnya ia mencerminkan ketidakrasionalan kerajaan.

“Selagi terdapat sekumpulan fanatik yang mengadu jenama sesuatu produk, tidak kira sama ada ia berasas atau tidak, ia terpaksa menukar nama…dengan kerajaan seperti ini, siapa berani melabur untuk mempromosi jenama buatan Malaysia,” katanya dipetik laporan BH.

Terdahulu, pengeluar arak jenama Timah, Winepark Corporation (M) Sdn Bhd berkata akan berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah bagi menukar nama serta imej pada label produk keluaran syarikat.

Menurut Alexander perkara itu adalah antara keputusan dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan, pada 27 Oktober lalu.

Penggunaan jenama Timah pada arak keluaran tempatan itu dan gambar seorang lelaki dikatakan berketayap pada labelnya, menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam, selain turut dibincangkan pada sidang Dewan Negara.

Chien Jen berkata, pihaknya tiada hak menghalang orang lain daripada membuat kenyataan ‘gila, lucu dan tidak rasional’ berkaitan jenama Timah, selain menyifatkannya sebagai hak kebebasan bersuara dipraktikkan masyarakat.

Bagaimanapun, katanya, kenyataan sedemikian akan memudaratkan ekonomi dan negara apabila ia dipandang serius pihak kerajaan yang meminta jenama arak berkenaan ditukarkan.

Beliau antara lain mempersoalkan keputusan Alexander yang meminta jenama arak itu ditukar, selain menyifatkan jenama sesuatu produk adalah aset terpenting perniagaan.

“Ia (jenama) bukan boleh diubah nama dengan sia-sia, apatah lagi arak Timah itu memenangi anugerah pertandingan arak antarabangsa,” katanya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok