MP DAP gesa kerajaan ampunkan, beri vaksin kepada pekerja asing haram

July 27, 2021 · Isu semasa

Seorang Ahli Parlimen DAP, M. Kula Segaran mahu Putrajaya memberi vaksin kepada pekerja asing haram yang tidak mempunyai dokumen atas alasan supaya imuniti kelompok juga dapat dicapai melibatkan komuniti itu.

MP Ipoh Barat itu berkata menyedari kekangan melibatkan kumpulan pekerja asing haram tetapi mereka tidak boleh dipinggirkan daripada menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana golongan itu mempunyai risiko lebih tinggi untuk dijangkiti.

“Alternatif lebih baik ialah pengampunan secara umum untuk migran tanpa dokumen dan memulakan usaha vaksinasi kepada golongan ini secara bergerak ke seluruh negara melalui kerjasama persatuan masyarakat.

“Pengampunan ini boleh bersifat sebagai langkah sementara, dengan meneliti punca mereka ini tidak mempunyai dokumen dan peranan mereka dalam ekonomi negara,” katanya lapor Bernama semasa sidang media di Parlimen.

Beliau menekankan tindakan mengasingkan atau menyasarkan pekerja kerana tidak mempunyai dokumen sah adalah tidak adil dalam situasi pandemik sekarang selain melanggar Konvensyen Buruh Antarabangsa.

Menurut Kula berdasarkan laporan terkini, 15 daripada 26 kluster Covid-19 telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan sebagai kluster tempat kerja.

“Terdapat ramai pekerja tanpa dokumen yang bekerja di kilang-kilang. Mereka juga biasanya tinggal dalam keadaan sesak, sekali gus menjadikan golongan ini lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19,” katanya.

Menurut laporan Bank Dunia, pada 2017 dianggarkan terdapat sekitar 2.96 hingga 3.26 juta pekerja asing, termasuk 1.23 hingga 1.46 milion pekerja migran di Malaysia berada dalam keadaan tidak teratur.

Kula berkata walaupun kerajaan menyasarkan rakyat Malaysia divaksin sepenuhnya pada Disember ini, namun negara masih berada dalam keadaan tidak selamat sehinggalah sebahagian besar pekerja asing yang sah mahupun tidak divaksin.

“Setiap individu yang mahu divaksin patut divaksin. Memandangkan kita sedang berusaha untuk mendapat bekalan vaksin yang cukup, vaksin patut diberikan juga kepada semua individu tanpa dokumen,” katanya.

Kula menambah vaksinasi bukan hanya dapat menyelamatkan nyawa, malah dapat mengurangkan kos bagi sistem kesihatan dan membantu negara untuk menamatkan sekatan pergerakan yang memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

Berita berkaitan
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023· Isu semasa
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
20 minit lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
42 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
43 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok