MP DAP bidas Zahid selepas didakwa langgar MoU dengan kerajaan

March 24, 2022 · Isu semasa

Seorang Ahli Parlimen (MP) DAP, Ramkarpal Singh membidas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan dakwaannya memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan sudah terbatal kerana tidak menyokong usul Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) semalam.

MP Bukit Gelugor itu sebaliknya menyalahkan kegagalan Zahid menghadiri sidang Dewan Rakyat semalam sebagai punca usul tersebut gagal mendapat sokongan yang mencukupi.

“Justeru, pembangkang tidak pernah bertanggungjawab untuk menyokongnya.

“Malah, saya pasti pembangkang akan membantah sekalipun dengan rundingan kerana kami menentang SOSMA sejak mula disebabkan sifat drakoniannya,” katanya dipetik laporan FMT.

Untuk rekod, Zahid antara salah seorang MP UMNO yang tidak hadir semasa sesi pengundian belah bahagian semalam, malah semasa sepanjang Perhimpunan Agung UMNO lalu menyokong supaya pilihan raya umum (PRU) diadakan segera.

Jelas Ramkarpal lagi, syarat termaktub dalam MoU juga menyatakan secara terang pembangkang bersetuju menyokong atau mengelak daripada mengundi mana-mana RUU kerajaan, hanya setelah ia dirundingkan dan dipersetujui pembangkang.

“Dalam erti kata lain, mesti ada rundingan dengan pembangkang terlebih dahulu, sebelum timbul soal menyokong atau tidak mengundi.

“MoU itu tidak sekali-kali bertujuan menyebabkan pembangkang menjadi pak turut kepada semua RUU kerajaan kerana peranan pembangkang sebagai semak dan imbang kerajaan adalah, dan akan sentiasa, diutamakan,” katanya lagi.

Terdahulu, Zahid dilaporkan berkata, pembangkang melanggar Perkara 3 dalam MoU dengan kerajaan.

“Perkara 3 dengan jelas menegaskan pihak pembangkang hendaklah bersetuju, atau berkecuali, dalam apa-apa usul yang dibawakan kerajaan. Ia sebagai salah satu langkah yang diambil bagi mewujudkan kestabilan politik dalam pentadbiran semasa.”

Justeru, katanya, kerajaan mesti “segera keluar daripada belenggu kerjasama yang lemah”.

“Kerajaan mesti mempunyai majoriti tersendiri. Majoriti yang kuat dan tidak mengharapkan ihsan serta budi bicara pembangkang,” katanya dalam hantara di Facebook hari ini.

Berita berkaitan
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
1 jam lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
2 jam lalu· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
6 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
7 jam lalu· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok