MP Amanah juga senada dengan desakan PN, pertimbang keluar KWSP

February 25, 2023 · Isu semasa

Gesaan supaya pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan juga mendapat sokongan seorang Ahli Parlimen (MP) parti Amanah, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

MP Kuala Selangor itu berkata kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) wajar menimbang untuk membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar dengan syarat yang ketat bagi membantu rakyat yang berdepan kesempitan kewangan.

“Kalau ketua isi rumah benar-benar memerlukan dan mempunyai simpanan dalam KWSP, ia adalah wajar kerana duit itu adalah wang mereka.

“Pada saat mereka memerlukan, kita (perlu) izinkan tetapi harus bersasar dengan syarat sangat ketat,” katanya dipetik laporan BH.

pada sidang media selepas merasmikan program Hijau Lestari sempena penanaman 25,223 pokok siantan di Forest Park, Bandar Hillpark, Puncak Alam, di sini, hari ini.

Namun, Dr Dzulkefly berkata, cara itu masih tidak akan menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh, sebaliknya kerajaan perlu mengambil langkah lebih mampan dan ke hadapan dalam menanganinya.

“Saya rasa ada ihsan serta belasnya rahmah Kerajaan Madani untuk mengizinkan ini, dan ia tidak boleh dijadikan suatu yang bersifat ‘across the board’.

“Saya tidak menyokong apapun langkah mengorbankan simpanan usia tua.

“Kalau itu menyelamatkan atau lebih daripada itu, adalah penting untuk mereka mengatasi masalah krisis kewangan semasa,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa dividen bagi pencarum daripada golongan miskin dan menengah, akan berkurangan jika kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP untuk mereka yang kaya serta berkemampuan.

Semasa pembentangan Bajet 2023 semalam juga, kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 KWSP bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun berkenaan.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
7 jam lalu· Rencana
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu· Politik
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
11 jam lalu· Isu semasa
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
20 jam lalu· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
8 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
11 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
2 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok