MOU bukan alasan PRU tidak disegerakan, bukan kitab suci: Zahid

November 28, 2021 · Isu semasa

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) boleh disegerakan dan diadakan sebelum Julai tahun depan, ia memandangkan rakyat semakin rindu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Zahid berkata Memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara kerajaan dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dijadikan alasan PRU-15 boleh dilambatkan malah ia juga bukan kitab suci yang mengikat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengikut syarat diletak dalam perjanjian tersebut sebelum ini.

“Kita boleh memberi pandangan tetapi keputusan untuk pilihan raya awal berdasarkan daripada nasihat. Dan nasihat itu sudah tentu mengambil kira sebagai faktor termasuk MOU yang ditandatangani di mana dalam MOU itu pilihan raya boleh diadakan selepas Julai 2022.

“Kita menghormati MOU itu, tetapi MOU itu bukan kitab suci, jauh daripada ayat-ayat tercatat dalam al-Quran. Selain daripada itu, insya-Allah boleh diubah,” katanya dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini.

Jelasnya lagi, kerajaan boleh berunding dengan pembangkang berhubung MOU tersebut dan mendapatkan keputusan secara konsensus untuk mengadakan PRU-15 dengan segera.

“Saya tidak fikir kita harus melanggar tetapi yang terbaik adalah kita berunding dan semua pihak sudah pasti ada pandangan yang berbeza dan secara konsensus.

“Keputusan majoriti akan dibuat berdasarkan kepada hasil perbincangan yang diadakan,” katanya lagi.

Menurut Zahid, PRU-15 perlu diadakan dengan segera bagi memberikan kestabilan politik dalam negara.

“Dalam hal ini, tentunya nasihat yang diberikan akan mengambil faktor mengutamakan rakyat, tetapi harus diingat bahawa kestabilan politik akhirnya dapat memberikan pertumbuhan ekonomi yang baik dan juga soal penyatuan ummah keseluruhannya,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Zahid mengakui keputusan untuk membubarkan Parlimen adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan juga Perdana Menteri yang mempunyai kuasa untuk menentukannya.

“Saya tidak ada kuasa untuk menentukan bilakah tarikh atau tempoh yang tepat untuk mengadakan PRU kerana ia merupakan kuasa mutlak Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Maka pandangan parti hanya boleh diberikan tetapi tentunya seseorang yang menasihatkan Agong mempunyai pertimbangan mengikut perkiraan yang ada pada dirinya,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata PRU-15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada BN.

Mohamad juga sudah menyuarakan pandangan itu kepada Ismail Sabri sejurus kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Mengambilkira sampel kejayaan dalam PRN Melaka, UMNO dan BN kini mengintai strategi sama dengan memastikan pertembungan tiga penjuru di setiap kerusi Parlimen yang ditandingi dengan harapan ia akan membawa hasil yang sama seperti di Melaka.

UMNO dan BN begitu yakin dengan strategi mengheret semua parti yang ada di Malaysia masuk bertanding sehingga mewujudkan pertembungan banyak penjuru bakal memberi mereka kelebihan.

Jika dalam PRN Melaka, UMNO dan BN berjaya memperoleh majoriti dua pertiga maka tidak mustahil untuk mereka mengulangi kejayaan sama tetapi mereka perlu memastikan wujud pertembungan tiga penjuru dalam setiap kerusi Parlimen ditandingi.

Hanya dengan strategi pertembungan tiga penjuru, UMNO dan BN akan mampu meraih kemenangan besar.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok