Moratorium kepada PMKS seperti cadangan Muhyiddin diberi ikut kes

September 19, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sedang mempertimbang cadangan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi melanjutkan moratorium kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang masih belum pulih.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar bagaimanapun berkata lanjutan moratorium akan diberikan mengikut kes-kes tertentu dengan mengambil kira keperluan usahawan PMKS terbabit.

Katanya kes-kes mahkamah dan kebankrapan terhadap usahawan PMKS juga akan ditangguhkan sehingga hujung tahun ini untuk memberi ruang kepada mereka memulihkan perniagaan terlebih dahulu.

“Kita faham bahawa mungkin di luar sana masih ada yang memerlukan moratorium. Mereka boleh membuat rayuan kepada kami,” katanya menurut Bernama selepas melancarkan Festival Makanan Halal Tanpa Tunai di Menara Kembar Bank Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan mencadangkan perkara itu memandangkan sektor yang menyumbang RM518.1 bilion atau 37.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas itu masih belum pulih sepenuhnya.

Menurut Muhyiddin, sektor PMKS kini menanggung beban hutang tinggi dan ianya diburukkan lagi dengan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara.

Sambil menyatakan peranan IKS melibatkan hampir 96 peratus daripada aktiviti ekonomi negara, beliau berharap Kabinet dapat memberi perhatian serius mengenai perkara itu.

“Ada industri yang belum pulih lagi… tapi bila hendak buat pinjaman… bank kata dulu tak bayar. Tapi sekarang ini kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan lagi.

“Dia (IKS) dah pinjam lagi. Habis nak pinjam… rekod prestasi setahun dua lepas, rugi. Kalau nak berdasarkan pada keadaan biasa, saya fikir (IKS) tak akan pulih.

“Ini kebimbangan besar saya. Tapi MPN tak ada bidang kuasa. Kita badanyang memberi pandangan nasihat yang datang daripada pakar-pakar, sektor korporat, swasta, ada wakil daripada kerajaan,” katanya kepada media ketika hadir pada Program Jualan Prihatin Rakyat Parlimen Pagoh pada 10 September lalu.

Berita berkaitan
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023· Isu semasa
Jangan beri BN-PH walau 1 undi : Muhyiddin
August 12, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
20 minit lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
42 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
44 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok