Moratorium kepada PMKS bergantung kepada bank

September 13, 2022 · Isu semasa

Keputusan untuk memberikan moratorium atau tidak kepada industri kecil dan sederhana (IKS) sangat bergantung kepada sama ada bank berpendapat bahawa industri terbabit mempunyai masalah pembayaran balik, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bagaimanapun, katanya kerajaan boleh menggalakkan dasar yang membantu rakyat, katanya sambil berharap bank dan Bank Negara Malaysia akan terus menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang benar-benar menghadapi kesukaran.

Beliau juga menegaskan setakat ini ekonomi Malaysia telah berkembang dengan kukuh hasil daripada peningkatan penggunaan domestik, sektor eksport yang lebih kukuh dan pertumbuhan pinjaman yang lebih baik.

Oleh itu, langkah-langkah yang diambil semasa krisis ekonomi yang dicetuskan oleh pandemik Covid-19 mungkin bukan penyelesaian terbaik buat masa ini, katanya menurut Bernama.

Pada Ahad, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan moratorium kepada sektor PMKS, yang kini turut terjejas dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara.

Katanya, kenaikan OPR mengakibatkan pengusaha PMKS akan menanggung beban hutang yang lebih tinggi dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih pasca Covid-19.

Beliau berpendapat walaupun menyediakan moratorium baharu kepada IKS terbabit, institusi kewangan tidak mengalami kerugian yang besar.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan membincangkan cadangan pemberian moratorium kepada IKS dengan kementerian berkaitan dalam masa terdekat.

Perbincangan itu akan melibatkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, katanya.

Cadangan MPN itu juga mendapat ulasan Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Ding Hong Sing yang melihatnya sebagai langkah tepat bagi meningkatkan pertumbuhan dan pemulihan sektor tersebut yang terkesan akibat pandemik.

Menurutnya kebanyakan perniagaan mikro, kecil dan sederhana akan ‘gulung tikar’ jika kerajaan tidak memandang serius pemberian moratorium kepada sektor tersebut.

“Ekonomi semakin teruk. Barang naik, gaji sikit, ini semua isu yang besar perlu diambil kira. Jangkaan perniagaan kecil dan sederhana yang akan tutup adalah sekurang-kurangnya 5 ke 10 peratus.

“Namun, bagi perniagaan mikro, lebih daripada itu. Saya menjangkakan lebih 10 ke 20 peratus akan tutup,” katanya.

Berita berkaitan
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023· Isu semasa
Ditolak dalam PRN, Zafrul kata tidak tahu apa lagi jenis amaran perlu diberi
August 14, 2023· Politik
Jangan beri BN-PH walau 1 undi : Muhyiddin
August 12, 2023· Politik
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
4 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
5 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
6 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok