Moratorium dicadang Muhyiddin langkah tepat bantu PMKS pulih

September 12, 2022 · Isu semasa

Cadangan pemberian moratorium khas untuk sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dilihat sebagai langkah tepat bagi meningkatkan pertumbuhan dan pemulihan sektor tersebut yang terkesan akibat pandemik.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Ding Hong Sing berkata, kebanyakan perniagaan mikro, kecil dan sederhana akan ‘gulung tikar’ jika kerajaan tidak memandang serius pemberian moratorium kepada sektor tersebut.

“Ekonomi semakin teruk. Barang naik, gaji sikit, ini semua isu yang besar perlu diambil kira. Jangkaan perniagaan kecil dan sederhana yang akan tutup adalah sekurang-kurangnya 5 ke 10 peratus.

“Namun, bagi perniagaan mikro, lebih daripada itu. Saya menjangkakan lebih 10 ke 20 peratus akan tutup,” katanya menurut laporan SatuBerita.

Pada Ahad, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan moratorium kepada sektor PMKS, yang kini turut terjejas dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara.

Katanya, kenaikan OPR mengakibatkan pengusaha PMKS akan menanggung beban hutang yang lebih tinggi dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih pasca Covid-19.

Beliau berpendapat walaupun menyediakan moratorium baharu kepada IKS terbabit, institusi kewangan tidak mengalami kerugian yang besar.

Mengulas lanjut, Ding Hong dilaporkan berkata pemberian moratorium tidak akan menjejaskan ekonomi, sebaliknya ia akan membantu peniaga jika mereka menerima moratorium khas yang dicadangkan bekas Perdana Menteri itu.

“Kalau (kerajaan) boleh tolong, bagus untuk ekonomi peniaga. Jika tidak, ia buruk untuk peniaga. Ia merupakan kesan dua hala. Jika tidak dapat bantu, ekonomi akan jatuh dan sukar untuk bangkit semula,” katanya lagi.

Namun katanya, pemberian moratorium itu merupakan jalan penyelesaian sementara dan kerajaan harus meneliti, kaji serta membuat perancangan jangka panjang bagi membantu sektor tersebut, sekali gus menstabilkan ekonomi negara.

“Memang membantu, tetapi kerajaan kena fikir rancangan selepas 6 bulan untuk peniaga-peniaga ini.

“Macam sakit kepala, saya makan panadol, tetapi ia hanya jalan penyelesaian sementara. Kena cari punca kesakitan, dan jalan penyelesaian. Bagaimana untuk selesaikan krisis ekonomi negara, semua itu kena rancang dalam fasa ini,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan diharap memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini kerana sektor PMKS merupakan antara sektor penting untuk pembangunan ekonomi negara.

Berita berkaitan
Kegagalan epik timbalan menteri, model ekonomi syok sendiri
September 22, 2023· Rencana
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Rakyat sedang susah, tak sesuai perkenalkan semula cukai GST: Tun Faisal
September 14, 2023· Isu semasa
Perbelanjaan pengguna merosot pada 2023?
August 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
57 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok