Moratorium cukai jalan, lesen memandu dilanjut sehingga 31 Disember

September 3, 2021 · Isu semasa

Kerajaan melanjutkan tempoh moratorium pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dilanjutkan hingga 31 Disember ini, manakala mangsa tragedi banjir di Yan dan Merbok, Kedah, pula diberi pengecualian pembayaran yuran penggantian untuk dokumen itu.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan.

Sebelum ini, tempoh pembaharuan LKM dan LMM ditetapkan hingga 30 Sept ini dan boleh diperbaharui melalui kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malaysia Bhd, MyEG Services Sdn Bhd (MyEG) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Dengan mengambil kira maklum balas orang ramai, Wee berkata kementerian juga bersetuju untuk membuka semula kaunter JPJ dan Puspakom dengan kapasiti 100 peratus, iaitu secara ‘walk in’ jumpa terus bermula Isnin ini bagi semua urusan berkaitan.

“Mulai 6 September ini juga, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian. Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter mesti telah mendapat vaksinasi lengkap dan menunjukkan status risiko rendah COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera,” katanya

Mengenai mangsa banjir itu, Wee berkata pengecualian bayaran itu adalah bagi lesen yang hilang dan cukai jalan yang rosak akibat bencana banjir.

“Kita sampaikan rasa simpati kepada mangsa banjir di Yan dan Merbok dan banyak aduan diterima mengenai kehilangan, kerosakan lesen dan sebagainya.

“Jadi, pihak pengurusan Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran gantian khas bagi penduduk di Yan dan Merbok yang terkesan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata mangsa banjir yang ingin mendapatkan pengecualian tersebut perlu membuat laporan polis mengenai kehilangan dokumen sebelum berurusan di kaunter JPJ.

Menurutnya, orang ramai juga digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ atau melalui khidmat Pos Malaysia, MyEG, Puspakom untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan.

“Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ dan memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai memperbaharui LKM dan LMM,” katanya.

Berita berkaitan
Ujian teori lesen memandu vokasional PSV, GDL mansuh
April 10, 2023· Isu semasa
Moratorium hingga enam bulan ditawar Bank Islam kepada mangsa banjir
March 8, 2023· Isu semasa
Moratorium pinjaman bank bukti keprihatinan Perikatan Nasional
November 13, 2022· Politik
Bajet 2023: PMKS hanya dapat RM1,000, tiada pengeluaran khas KWSP
October 7, 2022· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
14 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
14 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok