Monsun Timur Laut, Nadma sudah sedia

November 4, 2022 · Isu semasa

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sudah bersedia bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negara dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Nadma, Meor Ismail Meor Akim berkata pihaknya sudah mulakan persiapan sejak dua bulan lalu.

“Kami adakan latihan melibatkan 12,000 pegawai termasuk polis, bomba dan orang awam dari kawasan terlibat.

“Selain itu kami juga pastikan aset-aset dalam keadaan sedia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program latihan Gua Tempurung, hari ini (4 November 2022), lapor The Star.

Latihan selama lima hari itu bermula sejak 31 Oktober lalu dengan penglibatan  Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA).

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran Monsun Timur Laut yang dijangka akan melanda negara lebih awal daripada jangkaan.

Jabatan itu menganggarkan monsun itu bermula dari Selasa (7 November 2022) dan berterusan sehingga kira-kira Mac tahun depan.

Kira-kira empat hingga enam episod hujan monsun, yang akan membawa hujan lebat berterusan, dijangka berlaku sepanjang tempoh itu yang berisiko banjir.

MetMalaysia juga meramalkan penomena air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh 6 hingga 11 November; 22 hingga 27 November; 7 hingga 12 Disember; 22 hingga 26 Disember; serta 6 hingga 10 Januari 2023 dan 21 hingga 25 Januari 2023.

Ketika musim Monsun Timur Laut, angin timur laut dijangka bertiup secara berterusan, menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di Laut China Selatan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
17 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok