MOF yakin KWAP mampu kembang saiz dana sehingga RM200 bilion

August 3, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kewangan yakin Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) yang melancarkan inisiatif TERAS 5 hari ini (3 Ogos) dapat mengembangkan saiz dana secara mampan dengan jumlah dana kasar sebanyak RM200 bilion menjelang 2025.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KWAP turut menyasarkan peningkatan jumlah aset harta kepada lebih 30 daripada 17 serta mempunyai lebih 35 subsidiari dalam tempoh yang sama.

“KWAP telah berkembang maju sebagai sekumpulan syarikat yang telah meluaskan portfolio pelaburannya sebanyak tiga kali ganda dari dana bernilai RM41.9 bilion pada 2007 kepada sekitar RM159 bilion pada hari ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pelan Transformasi KWAP di Kuala Lumpur, hari ini.

Tengku Zafrul berkata sebagai pemain dan pelabur utama, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) merupakan tunjang penting kepada asas ekonomi Malaysia dan menyumbang kira-kira RM445 bilion atau 25 peratus pasaran Bursa Malaysia serta memberi peluang pekerjaan kepada lebih 500,000 Keluarga Malaysia.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Nik Amlizan Mohamed berkata pelancaran TERAS 5 membuktikan komitmen KWAP sebagai pemacu hala tuju pertumbuhan yang mampan bagi organisasi ini dan juga ekosistem pencen di Malaysia.

“Pada ketika ini, terdapat 17 syarikat yang bernaung di bawah KWAP termasuk 14 syarikat khas dan dua anak syarikat,” katanya pada majlis berkenaan.

Nik Amlizan turut menjelaskan KWAP telah merekodkan pendapatan bersih tertinggi yang berjumlah RM10 bilion.

TERAS 5 merupakan sebahagian daripada pelan dasar jangka panjang bagi menambah saiz dana dengan lebih berkesan dan kekal mampan yang melibatkan pemerkasaan lima pemboleh utama iaitu struktur, tadbir urus, modal insan, proses dan digital.

Berita berkaitan
MOF pantau kesan kenaikkan OPR terhadap peminjam
18 jam lalu· Isu semasa
Projek MRT3 dianggar bernilai RM50.2 bilion, bakal guna tender terbuka
August 2, 2022· Isu semasa
Pembentangan Bajet 2023 mengikut jadual, tiada PRU-15 sebelum Oktober?
July 9, 2022· Politik
RON97 naik 1 sen, RON95 dan diesel kekal
June 22, 2022· Isu semasa
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
8 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
8 jam lalu · Isu semasa
Polis tahan Lelaki letak vape dalam mulut bayi
8 jam lalu · Isu semasa
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
8 jam lalu · Isu semasa
Akaun Telegram Menteri Luar digodam
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
23 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok