MoF sentiasa tingkat subsidi kepada rakyat: Tengku Zafrul

July 1, 2022 · Isu semasa

Kadar inflasi Malaysia bagi Mei 2022 boleh mencecah sehingga 11.4 peratus sekiranya kerajaan tidak menyalurkan bantuan subsidi, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sehubungan itu katanya Kementerian Kewangan (MoF) sentiasa meningkatkan bantuan dan subsidi kepada rakyat untuk membantu menangani cabaran kos sara hidup.

“Namun, dasar subsidi telah membantu membendung inflasi di Malaysia pada tahap 2.8 peratus.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pemberian subsidi dan bantuan tunai bagi melindungi rakyat daripada beban kenaikan kos sara hidup,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-101 yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata unjuran perbelanjaan subsidi bagi tahun ini kini mencecah RM77.7 bilion selepas mengambil kira peruntukan tambahan subsidi ayam dan telur sebanyak RM370 juta bagi bulan Julai dan Ogos.

Katanya bagi tempoh lima bulan (Februari hingga Jun), kerajaan telah menyediakan peruntukan kira-kira RM730 juta bagi menampung subsidi harga kedua-dua barangan makanan itu.

“Subsidi ayam juga membolehkan harga ayam di Malaysia kekal sebagai antara yang terendah di rantau ASEAN,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata kerajaan turut menyediakan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta yang telah dibayar kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula 27 Jun lalu.

Sementara itu, katanya seramai 25,965 peserta telah berjaya ditempatkan melalui program Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun ini, setakat 17 Jun 2022.

Secara keseluruhannya, beliau berkata kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM20.871 bilion kepada 357,827 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) bagi mengekalkan penggajian 2.957 juta pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Setakat 17 Jun 2022 – seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat PSU 1.0 dan permohonan subsidi upah yang diluluskan telah mencapai nilai RM12.958 bilion.

Bagi PSU 2.0, sebanyak RM1.408 bilion telah disalurkan kepada 81,158 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 718,847 pekerja dan RM3.763 bilion telah disalurkan kepada 162,306 majikan untuk mengekalkan penggajian bagi 1.53 juta pekerja bagi PSU 3.0.

“Di bawah Pakej PEMULIH, kerajaan telah melaksanakan PSU 4.0 dan sebanyak RM2.557 bilion telah disalurkan kepada 163,471 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 1.92 juta pekerja.

“Setakat 17 Jun 2022, sebanyak RM185.095 juta telah disalurkan kepada 7,495 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 106,404 pekerja di bawah PSU 5.0,” katanya.

Mengenai penarafan S&P Global Ratings yang menyemak semula prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’, Tengku Zafrul berkata prospek stabil itu mencerminkan jangkaan bahawa momentum pertumbuhan Malaysia yang stabil dan kedudukan luaran yang kukuh akan kekal dalam tempoh dua tahun akan datang.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok