MoF sedia RM1.7 bilion sasar cipta 80,000 kerja tahun ini: Tengku Zafrul

February 19, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kewangan memperuntukkan sebanyak RM1.7 bilion bagi program jangka pendek (MySTEP) 2022 dengan sasaran penciptaan 80,000 pekerjaan pada tahun ini.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perkerjaan tersebut boleh dimohon secara dalam talian di laman web http://www.mystep.mof.gov.my/.

“Oleh itu, saya berharap pencari kerja akan memanfaatkan segala peluang yang ada melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia, sama ada di Karnival ini atau secara dalam talian melalui portal MyFutureJobs; MySTEP dan UpSkillMalaysia,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Kempen JaminKerja Keluarga di Kuala Lumpur, hari ini.

MySTEP adalah antara komponen di bawah inisiatif JaminKerja yang merupakan program pekerjaan jangka pendek secara kontrak di sektor awam serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan dikelolakan oleh Agensi LAKSANA di bawah Kementerian Kewangan.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan berjaya menempatkan 63,221 graduan pada tahun 2021 dengan 66 peratus ditempatkan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan manakala 34 peratus lagi di GLC, lapor Bernama.

“Saya yakin kerajaan akan dapat mengulangi semula kejayaan tahun lalu di mana pencapaian telah melebihi sasaran.

“Hampir 560,000 peluang pekerjaan berjaya dicipta, berbanding sasaran awal iaitu 500,000 bagi tahun 2021,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata menurut laporan terkini yang diterbitkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa, kadar pengangguran global dijangka kekal pada tahap 207 juta orang pada tahun ini, berbanding 186 juta orang pada 2019.

“Sekiranya tidak ditangani, ia akan memperdalamkan jurang pendapatan di seluruh dunia termasuk Malaysia, dan akan melemahkan struktur ekonomi, kewangan dan sosial negara,” katanya.

Justeru, katanya, dasar-dasar kerajaan yang dirangka adalah bertujuan untuk mengelakkan kesan jangka panjang terhadap pasaran buruh, pendapatan isi rumah, dan perpaduan sosial.

Menurutnya, Bajet 2022 yang dijajarkan kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) akan meletakkan ekonomi negara di landasan yang kukuh supaya kita dapat membina semula ekonomi dengan lebih baik dan lebih berdaya tahan.

Berita berkaitan
Zafrul dilantik Bendahari UMNO Selangor
April 12, 2023· Politik
Pelaburan langsung ke luar negara tahun lepas naik kepada RM602.1 bilion: MITI
March 1, 2023· Isu semasa
Tak boleh buat kesimpulan yang dipanggil jadi saksi atau suspek, kata Azam
February 20, 2023· Isu semasa
Dipanggil beri kenyataan bukan sebagai suspek, Tengku Zafrul mungkin juga dipanggil
February 18, 2023· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
1 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
4 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
54 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok