MOF salur RM86.4 juta bagi langganan perkhidmatan digital

October 22, 2021 · Isu semasa

Sejumlah RM86.4 juta telah disalurkan kepada 13,886 perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat di peringkat pertengahan (MTC) dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) setakat 8 Okt, 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan juga telah memperuntukkan RM700 juta bagi membantu dan menggalakkan PKS dan MTC ke arah pendigitalan operasi dan saluran perdagangan.

Beliau berkata selain itu, RM221.32 juta telah disalurkan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank bagi memberi manfaat kepada 17,734 PKS Mikro Pertanian setakat 8 Okt, 2021.

“Pembiayaan bernilai RM400 juta telah diperuntukkan bagi golongan petani, peladang dan nelayan. Di bawah skim ini, RM350 juta merupakan peruntukkan di bawah Skim Mikrokredit Agrobank,” katanya lapor Bernama.

Peruntukan tersebut terdapat dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-73 yang dikeluarkan pada Jumaat.

Beliau berkata jaminan makanan amat dititikberatkan dalam PENJANA dan juga Belanjawan 2021.

Tengku Zafrul berkata bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan pula, seramai 137,659 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program ini setakat 1 Okt, 2021.

Beliau berkata antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit.

Layari www.perkeso.gov.my/186- penjana/803-program-insentifpengambilan-pekerja-dan-bantuanlatihan.html. untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selain itu, di bawah Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA pula, beliau berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM600 juta bagi PKS dan PKS Mikro yang masih terkesan dengan penularan COVID-19.

“Setakat 8 Okt, terdapat 701 permohonan bagi pembiayaan ini dan daripada jumlah ini sebanyak 340 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM67.5 juta,” katanya.

Berita berkaitan
Ditolak dalam PRN, Zafrul kata tidak tahu apa lagi jenis amaran perlu diberi
August 14, 2023· Politik
Serah kepada BNM wajibkan pengeksport tukar hasil eksport kepada ringgit
July 10, 2023· Isu semasa
Lagi lantikan politik, bekas setpol Azizah pula dilantik teraju syarikat milik MoF
June 27, 2023· Isu semasa
Harga petrol kekal paras lama
June 21, 2023· Isu semasa
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
8 minit lalu · Isu semasa
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok