MoF sahkan arah 1MDB, SRC fail 22 tuntutan bernilai RM96.6 bilion

May 10, 2021 · Isu semasa

1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) mengesahkan menerima arahan Kementerian Kewangan (MoF) berhubung tindakan terbaharunya memfailkan sejumlah 22 tuntutan sivil dalam usaha mendapatkan semula dana yang hilang daripada kedua-dua entiti tersebut.

Jumlah keseluruhan tuntutan bernilai melebihi RM96.6 bilion (USD23 bilion), enam writ saman difailkan 1MDB, sementara 16 lagi oleh SRC untuk pemulangan aset, ia termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.

“Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Kerajaan akan meneruskan usaha sehingga semua pihak yang terlibat dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesalahan kepada negara melalui penglibatan mereka dalam 1MDB dan SRC,” kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini.

Writ yang difailkan oleh 1MDB ini adalah terhadap sembilan entiti (termasuk dua institusi kewangan asing) dan 25 individu atas pelbagai kesalahan termasuk pelanggaran kewajipan kontrak, statutori, common law dan fidusiari; pecah amanah; frod; konspirasi frod; salah nyata frod; pecah kewajipan dan amanah secara frod; penyembunyian secara frod; penyelewengan secara frod; bantuan tidak jujur dalam penyelewengan dana; kecuaian; penerimaan dengan pengetahuan (knowing receipt) dan pengkayaan tidak wajar (unjust enrichment).

Writ yang difailkan oleh SRC adalah terhadap 15 individu dan 8 entiti atas pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan kuasa, pelanggaran kewajipan fidusiari di jawatan awam, pecah amanah, konspirasi, bantuan tidak jujur, pelanggaran kewajipan secara frod; penerimaan dengan pengetahuan, salahlaku dan penukaran salah (wrongful conversion).

1MDB dan SRC menyatakan bahawa entiti-entiti dan/atau individu-individu ini telah mendapatkan pengkayaan tidak wajar melalui penerimaan wang secara salah dari 1MDB atau SRC.

Malaysia sebelum ini telah menerima RM10.5 bilion (USD2.5 bilion) dari Goldman Sachs pada bulan Ogos 2020 dengan jaminan pemulangan aset selanjutnya sebanyak RM5.88 bilion (USD1.4 bilion).

Dalam masa terdekat, kerajaan juga dijangka akan menerima RM2.83 bilion dari Ambank Group dan RM336 juta (USD80 juta) dari Deloitte PLT.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok