MoF perjelas sekali lagi simpanan KWSP kerana ‘kebodohan’ Asyraf

Kementerian Kewangan (MoF) sekali lagi menjelaskan isu simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang semakin berkurangan, sekali gus tidak melayan tuntutan Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki supaya kerajaan membenarkan pengeluar one-off RM10,000.

Walaupun, kenyataan MoF di Parlimen hari ini untuk menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pandan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun ia sekali gus memberi jawapan kepada Asyraf yang masih tidak faham kenapa pengeluaran one-off itu tidak boleh dilakukan.

Sebenarnya, KWSP telah memberi penjelasan terperinci berkaitan perkara itu pada 31 Oktober lalu, tetapi Ketua Pemuda UMNO itu terus mendesak setelah beliau dan pergerakannya dikecam kerana memberi harapan palsu berkenaan pengeluaran one-off itu. Berita berkaitan

Namun, hari ini MoF pula memberi penjelasan bahawa seramai 3.6 juta ahli KWSP kini mempunyai simpanan kurang RM1,000, manakala 6.1 juta lagi kurang RM10,000.

MoF berkata punca utama keadaan itu adalah berikutan pengeluaran bernilai RM101 bilion susulan inisiatif i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra akibat pandemik Covid-19.

Penyusutan jumlah simpanan itu lebih merisaukan bagi pencarum Bumiputera yang mewakili 78 peratus atau lebih tiga perempat yang memohon untuk fasiliti pengeluaran berkenaan.

Berikutan itu, seramai 4.4 juta atau 54 peratus pencarum Bumiputera kini mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000, manakala dua juta atau 25 peratus lagi mempunyai kurang daripada RM1,000.

Pengagihan simpanan sudah menjadi semakin tidak saksama. Kumpulan 40 peratus terbawah ahli KWSP, merangkumi lebih kurang lima juta ahli menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38 peratus kepada hanya RM8 bilion, menjadikan baki simpanan median sebanyak RM1,005.

Kumpulan 40 peratus pertengahan juga mengalami kejatuhan sebanyak 18 peratus kepada RM155 bilion atau baki median RM24,995.

Hanya kumpulan 20 peratus teratas berusia bawah 55 tahun menyaksikan kenaikan dalam simpanan, namun ini mencapai median berjumlah RM152,043 atau bersamaan dengan hanya RM633 sebulan untuk 20 tahun.

MoF berkata, KWSP berpendapat ahli perlu bekerja antara empat hingga enam tahun secara tambahan bagi membina semula simpanan dikeluarkan semasa pandemik.

Ini juga mengakibatkan kejatuhan ketara dalam peratusan ahli mencapai simpanan asas iaitu RM240,000 pada usia 55 tahun kepada kira-kira 27 peratus hujung tahun ini, berbanding 36 peratus pada tahun lalu.

BERITA BERKAIT
POPULAR