MOF pantau kesan kenaikkan OPR terhadap peminjam

August 8, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MOF) sedang memantau kesan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke atas jumlah bayaran balik pinjaman pengguna, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata, pada masa sama, MOF menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) turut meningkatkan usaha memberi pemahaman kepada orang ramai mengenai kenaikan OPR tersebut, lapor Bernama.

Menurutnya, keputusan BNM menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas kepada 2.25 peratus berbanding 1.75 peratus itu juga diambil apabila petunjuk ekonomi dalam keadaan yang baik.

“Apabila petunjuk ekonomi seperti kadar pengangguran menurun dan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat, BNM akan menaikkan OPR.

“Jumlah kenaikan OPR ini jika dibandingkan dengan keadaan sebelum pandemik juga masih terkawal.

“Justeru, Kementerian Kewangan melalui BNM sedang pergiatkan usaha untuk memberi pemahaman kepada rakyat melalui tindakan (kenaikan OPR) di media masa dan media sosial,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Nuridah Mohd Salleh mengenai kenaikan OPR dan usaha MOF memberi kefahaman mengenainya kepada rakyat.

Nuridah turut bertanya mengenai tempoh jangkaan ekonomi negara berada dalam situasi inflasi dan apakah benar ekonomi kini ke arah hiperinflasi.

Menjelaskan perkara itu, Mohd Shahar berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah bagi mengawal peningkatan harga barangan dan perkhidmatan keperluan asas termasuk kawalan harga bagi barangan dan perkhidmatan terpilih.

Ini khususnya melalui pemberian subsidi harga bahan api dan makanan terpilih serta rebat elektrik untuk pengguna domestik yang telah membantu memastikan kadar inflasi negara bagi Jun 2022 di tahap sederhana berbanding negara lain.

Beliau berkata, kadar inflasi mencatat 3.4 peratus pada Jun 2022, didorong oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (6.1 peratus), pengangkutan (5.4 peratus) serta restoran dan hotel (5.0 peratus).

“Langkah ini seterusnya dapat mengelakkan hiperinflasi iaitu apabila kadar inflasi kekal pada tahap sangat tinggi dari satu bulan ke satu bulan sehingga boleh menghakis nilai mata wang sesebuah negara.

“Selain itu, dasar fiskal dan dasar monetari semasa juga kekal akomodatif dalam memastikan inflasi negara berada pada tahap yang terkawal,” katanya.

Berita berkaitan
Rakyat bimbang kenaikan OPR berterusan
15 jam lalu· Isu semasa
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
January 30, 2023· Politik
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023· Isu semasa
Firma pasaran ramal OPR naik lagi kepada 3.00 peratus
January 18, 2023· Isu semasa
Popular
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Himpunan bantah bakar Al-Quran, 10 individu sudah dirakam keterangan polis
February 2, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Bekas isteri ahli perniagaan jual makanan tanggung tiga anak
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Saksi bank kes 1MDB terkejut Jho Low nafi pernah berhubung dan berurusan
2 jam lalu · Isu semasa
Bekas isteri ahli perniagaan jual makanan tanggung tiga anak
2 jam lalu · Isu semasa
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor semakin pulih, 977 mangsa masih di 10 PPS
10 jam lalu · Isu semasa
Johor dan Sabah catat peningkatan mangsa banjir pagi ini
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
4 jam lalu
[VIDEO] Tiada wang berbilion, sumbangan politik dalam akaun Bersatu
4 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok