Modal pasaran syarikat di Bursa Malaysia jatuh 6.1 peratus

October 18, 2022 · Isu semasa

Permodalan pasaran syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia merosot 6.1 peratus kepada RM1.602 trilion setakat 30 September 2022, angka terendah setakat tahun ini.

Memetik laporan Berita Harian, kemerosotan itu susulan sentimen pasaran dijejaskan oleh kebimbangan baharu terhadap kemelesetan global, dasar monetari ketat oleh Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan geopolitik di Barat.

Pertumbuhan purata nilai dagangan harian (ADV) bagi September 2022 tidak banyak berubah dengan paras RM1.76 bilion berbanding RM1.74 bilion pada Ogos sekali gus menjadikan ADV tempoh sembilan bulan tahun ini kepada RM2.11 bilion.

Bursa Malaysia Bhd dalam satu kenyataan berkata, bursa tempatan mencatatkan aliran keluar asing bersih sebanyak RM1.626 bilion yang setanding dengan kebanyakan rakan serantau di pasaran baharu muncul (EM) Asia kecuali China.

Bagaimanapun katanya, setakat tahun ini pelabur asing kekal menjadi pembeli bersih sekuriti tempatan sebanyak RM6.610 bilion.

Sementara itu, institusi tempatan kembali sebagai pembeli bersih selepas menambah RM1.115 bilion, sekali gus mengecilkan aliran keluar daripada pasaran setakat tahun ini kepada RM9.192 bilion.

Manakala, pelabur runcit tempatan terus menyokong pasaran domestik dengan pembelian bersih meningkat lebih dua kali ganda kepada RM453 juta pada September berbanding RM141 juta pada Ogos.

Kenyataan itu menyebut, pelabur asing bergilir-gilir keluar daripada sektor kewangan dan perindustrian pada September.

Kata Bursa Malaysia, momentum jualan asing dalam sektor kewangan secara amnya meningkat dari minggu ke minggu yang mencecah RM484 juta menjelang akhir bulan.

Tambahnya, aliran keluar diserap oleh dana tempatan yang menjadi pembeli bersih sektor itu dalam dua minggu terakhir bagi September manakala peruncit tempatan juga menambah stok kewangan portfolio mereka pada bulan itu.

Kaunter kewangan yang mencatatkan aliran keluar asing ialah Maybank, Public Bank dan RHB Bank yang mana pelupusan bersih dari setiap kaunter adalah melebihi RM100 juta.

Bagi sektor perindustrian pula, aliran keluar meningkat kepada RM472 juta pada September berbanding RM41 juta pada Ogos diterajui oleh PETRONAS Chemical dan Press Metal Aluminium.

Bursa Malaysia berkata, institusi tempatan membeli kaunter sektor perindustrian dan teknologi untuk bulan keempat berturut-turut sejak Jun.

Jelasnya, momentum belian bersih ke dalam perindustrian mengukuh secara ketara bulan ke bulan kepada RM432 juta pada September berbanding RM27 juta pada Ogos.

Ia juga adalah belian bersih tertinggi ke dalam sektor perindustrian oleh institusi tempatan selama sembilan bulan setakat ini.

Institusi tempatan menambah RM340 juta saham teknologi, peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding RM279 juta pada Ogos dan ia juga adalah belian bersih tertinggi mereka ke dalam sektor itu setakat ini tahun ini.

 

Berita berkaitan
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah menjelang keputusan mesyuarat rizab AS
November 1, 2023· Isu semasa
Pasaran saham ditutup rendah, prestasi pasaran bercampur-campur
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok