MKN rayu orang ramai patuhi SOP daftar masuk premis

May 9, 2021 · Isu semasa

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekali lagi merayu orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kecewa apabila masih ada segelintir individu yang tidak peka terhadap pematuhan SOP, sedangkan petugas barisan hadapan bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa pesakit.

“Sejak akhir-akhir ini, kesalahan gagal merekodkan butiran diri dan daftar masuk premis terus mendahului senarai berbanding kesalahan lain.

“Ini menunjukkan masih ada di kalangan kita bersikap sambil lewa sedang Covid-19 kini sudah berada dalam komuniti,” katanya hari ini.

Beliau menegaskan kegagalan pematuhan SOP bukan sahaja menyukarkan pihak berkuasa mengesan sesuatu kes, sebaliknya akan mendatangkan masalah kepada orang lain.

“Sebagai contoh, jika berlaku penyebaran kes, adalah sukar bagi pihak berkuasa mengesan siapa yang ada kontak rapat dan sebagainya.

“Sebab itulah kerajaan sentiasa menitikberatkan terhadap pematuhan SOP kerana ia mampu mengekang berlakunya penularan,” katanya.

Beliau berkata, daripada 493 individu yang ditahan kerana ingkar SOP semalam, 214 membabitkan mereka yang gagal merekodkan butiran diri dan mendaftar masuk ke premis.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok