MKN pertimbang rayuan kebenaran aktiviti joging, berbasikal

May 8, 2021 · Isu semasa

Rayuan untuk memberikan kebenaran melibatkan aktiviti sukan dan rekreasi seperti joging, berbasikal, senaman dan lain-lain dijalankan akan dipertimbangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sidang Khas MKN yang bermesyuarat hari ini akan menimbang untuk memberi kelonggaran melibatkan aktiviti tersebut sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Reezal Merican menyifatkan pertimbangan tersebut merupakan keprihatinan pihak kerajaan bagi menjaga kesejahteraan rakyat yang sedang berdepan pelaksanaan PKP memandangkan pergerakan mereka akan lebih terhad selepas ini.

“Kita masih lagi belum menang dalam melawan penularan COVID-19. Justeru, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan agar pelaksanaan PKP pada kali ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan,” katanya.

Antara kelonggaran yang dipertimbangkan adalah aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa sentuhan fizikal seperti joging, berbasikal, senaman dan lain-lain dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter.

Aktiviti tersebut boleh diteruskan bermula esok, namun hanya boleh dilakukan di kawasan kejiranan atau terhad di mana-mana kawasan dalam daerah yang sama tertakluk kepada arahan PKP yang sedang berkuat kuasa.

Sementara itu, kelonggaran lain bagi sektor sukan dan rekreasi akan diperhalusi dalam mesyuarat teknikal MKN yang seterusnya.

Berita berkaitan
Ia hanya spekulasi, kata ADUN UMNO berhubung lantikan jawatan Timbalan KM P. Pinang
August 17, 2023· Politik
PRN : UMNO buat tak tahu kalau ‘bungkus’, kata KJ
August 10, 2023· Politik
RUU Keselamatan Siber akan digubal segera, NACSA dan MKN jadi agensi tonggak
June 15, 2023· Isu semasa
Calon UMNO kalah PRU dilantik jadi Pengerusi MATRADE baharu
May 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok