MKN perkenal doktrin baharu pertingkat keselamatan negara

August 23, 2022 · Isu semasa

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperkenalkan pendekatan yang merangkumi konsep keselamatan menyeluruh (Comsec) dalam usaha meningkatkan lagi keselamatan negara.

Ketua Pengarah MKN Rodzi Md Saad berkata ia merupakan doktrin baharu yang membolehkan tanggungjawab menjaga keselamatan negara dipikul oleh seluruh jentera kerajaan serta semua lapisan masyarakat secara proaktif, lapor Bernama.

“Konsep keselamatan menyeluruh ini kita bawa selepas kita lihat keselamatan bukan lagi boleh dilihat dari aspek berkaitan polis dan askar semata-mata.

“Ia sebenarnya luas… bila berlaku pandemik Covid-19, ia mengancam keselamatan kita tetapi sudah tentu tidak berkait dengan ketenteraan atau kedaulatan. Itu ancaman kesihatan.

“Begitu juga kalau kita lihat isu bekalan ayam, isu minyak masak, ini keselamatan makanan. Rakyat jadi tertekan dan gelisah sebab bimbang bekalan ayam tak cukup… di setiap rumah rakyat Malaysia kena ada ada ayam, kebanyakan anak-anak sekarang nak ayam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Literasi Dasar Keselamatan Negara 2021-2025: Wacana Pembentukan Minda Keselamatan di Alor Setar, hari ini.

Mengulas lanjut, Rodzi berkata ketika ini, pelaksanaan konsep keselamatan itu berada pada fasa permulaan yang melibatkan sesi penerangan kepada agensi kerajaan di negeri-negeri untuk memberikan kefahaman kepada pihak yang berkenaan melalui program turun padang seperti program literasi dasar hari ini.

“Kita kena jelaskan kepada setiap golongan rakyat, ini kita mulakan dengan agensi kerajaan dahulu… ini adalah program turun padang yang kita buat untuk perjelaskan kepada agensi kerajaan di peringkat negeri kemudian di universiti, kemudian kita ada pemimpin masyarakat, belia dan pertubuhan bukan kerajaan. Kita adakan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata konsep itu akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2023 oleh pihak kementerian mengikut teras masing-masing yang akan dipantau MKN melalui satu jawatankuasa bagi melihat perubahan tingkah laku masyarakat.

“Kita ada falsafah dan teras… jadi kementerian lihat tanggungjawab kementerian ini dalam teras mana. Kalau Kementerian Pertanian (dan Industri Makanan), ia dalam teras keselamatan insan sebab ada komponen keselamatan makanan di situ.

“Jadi, Kementerian Pertanian akan laporkan balik program yang mereka lakukan kepada kita, kita akan lihat dan bincang semula dengan Kementerian Pertanian sekiranya perlu buat penyesuaian. Begitu juga dengan kementerian lain,” katanya.

Berita berkaitan
Ketua Polis Jepun letak jawatan kerana gagal halang pembunuhan Abe
August 25, 2022· Dunia
Cara untuk mengelak diri anda digodam: 5 petua keselamatan internet daripada OctaFX
August 25, 2022· Rencana
Malaysia catat kerugian RM560 juta akibat jenayah siber tahun lepas
August 11, 2022· Isu semasa
Semakin ramai rakyat Malaysia sakit mental, jatuh miskin
July 22, 2022· Isu semasa
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
1 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
2 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
3 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok