Misi kemanusiaan HM4P di Palestin turut disertai penyanyi rap Caprice

June 25, 2021 · Isu semasa

Oleh Hiekal Rosli
Jurugambar Agenda Daily yang turut serta dalam HM4P

Penyanyi rap, Caprice yang sebelum ini mengundang kontroversi selepas berdebat dengan dua wanita Israel tiba di Palestin untuk menyertai misi kemanusiaan Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang turut disertai petugas media Agenda Daily.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tiba di Mesir semalam untuk bergabung dengan 16 anggota misi HM4P yang diketuai Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim merangkap Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM).

Sejurus tiba semalam, Caprice terus menyertai sukarelawan misi HM4P menyampaikan bantuan kemanusiaan, termasuk pengagihan 10 kerusi roda yang disampaikan Abdul Azeez kepada wakil Hospital Palestin di Kaherah yang dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

Mereka turut melawat beberapa pesakit warga Palestin yang menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan, termasuk seorang gadis bernama Mariam berasal dari Gaza yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Hospital Palestin di Kaherah menerima purata bulanan 10 pesakit warga Palestin dari Semenanjung Gaza yang mendapatkan rawatan lanjut ekoran kekangan perkhidmatan kesihatan di wilayah konflik terkepung itu.

Misi HM4P anjuran BKUM selama dua minggu bermula 19 Jun lalu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan warga Palestin terjejas di Gaza yang diserang tentera Israel bulan lalu.

Sebelum menyertai anggota misi HM4P di Mesir kelmarin, Abdul Azeez telah mengetuai misi ke Jordan dan menyampaikan sumbangan USD200,000 kepada Tabung Masjid Al-Aqsa yang dikendalikan Kementerian Awqaf Jordan selain menyampaikan sumbangan 1,000 pek makanan kepada pelarian Palestin di empat kem pelarian di negara itu.

Sumbangan kewangan itu telah digunakan untuk menyelenggara dan membaikpulih kerosakan di Masjid Al-Aqsa, termasuk membaiki tingkap, pintu dan sistem siaraya di masjid suci umat Islam itu yang dicemari insiden pencerobohan pihak berkuasa rejim zionis bulan lalu.

Media sebelum ini melaporkan Mesir akan memudahkan laluan ke Gaza kepada badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia melalui sempadan Rafah hasil perbincangan di antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Mesir Al-Sisi selain usaha digerakkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan rakat sejawatnya di Mesir.

Serangan rejim Israel ke atas wilayah konflik Gaza yang berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei lalu menyaksikan kemusnahan harta benda ratusan juta dolar selain mengorbankan lebih 250 warga Palestin, termasuk 66 kanak-kanak.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir
January 5, 2022
Pihak berkuasa mula siasat kes helikopter jatuh di Bidor
September 13, 2022
Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra
January 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
13 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
13 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok