Misi HM4P ke Palestin ditangguh atas faktor keselamatan: Azeez

July 20, 2021 · Isu semasa

Oleh Hiekal Rosli
Jurugambar Agenda Daily yang turut serta dalam HM4P

Setelah 31 hari berkelana di bumi Mesir dan Jordan akhirnya Misi Humanitarian Mission 4 Palestin (HM4P) anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) melabuhkan tirai buat sementara, tanpa dapat memasuki Semenanjung Gaza.

Keputusan itu dibuat ketua misi berkenaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim setelah mendapat nasihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini

“Atas nasihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, misi HM4P ditangguhkan,” kata Azeez.

Katanya beliau telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri dan memaklumkan pihak tentera Mesir tidak dapat memberi jaminan keselamatan susulan keadaan tidak menentu di Semenanjung Gaza.

Ini susulan beberapa hari lalu tentera udara rejim Zionis melakukan serangan udara di sekitar Semenanjung Gaza dengan alasan membalas tindakan pejuang Palestin yang melepaskan belon pembakar ke kawasan mereka.

Azeez berkata walaupun HM4P mendapat kelulusan kerajaan Mesir, tetapi pihak tentera yang akan membawa rombongan bantuan tidak dapat memberikan jaminan keselamatan.

“Buat masa ini, HM4P hanya mendapat kelulusan untuk ke sempadan Rafah sahaja tanpa masuk ke Gaza,” katanya sambil menambah mereka akan menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia jam 1 pagi Khamis dari Kaherah, Mesir.

Misi kemanusiaan itu bermula 19 Jun lalu dengan kumpulan pertama bertolak ke Jordan dan mengagihkan sumbangan kepada beberapa kem pelarian Palestin di sekitar Amman, selain menyalurkan bantuan wang tunai bagi memperbaiki Masjid Al-Aqsa yang rosak akibat pencerobohan askar dan polis rejim Zionis Israel.

Sementara itu, Ismail Sabri ketika sidang video bersama anggota HM4P turut menasihatkan Azeez dan pasukannya menangguhkan misi berkenaan.

“Oleh kerana keadaan di Gaza masih tidak menentu, maka saya menasihati Datuk Seri Azeez dan team untuk pulang dulu ke Malaysia. InsyaAllah jika keadaan stabil mereka boleh ke Gaza semula.

“Kepada rakyat Malaysia yang di kasihi, setiap orang ada pengorbanannya, di dalam pengorbanan juga pasti ada ujian-Nya. Tetapi Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia mengetahui setiap pengorbanan seorang insan. Semoga setiap usaha dan pengorbanan itu dijadikan asbab kebahagian yang dapat untuk semua,” katanya.

 

Berita berkaitan
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
August 9, 2022· Dunia
Hospital Indonesia di Gaza rawat 54 penduduk Palestin cedera diserang Israel
August 8, 2022· Dunia
Pendatang Israel serbu kompleks Al-Aqsa
May 6, 2022· Dunia
Tayangan filem Dr. Strange diharamkan di Mesir, Arab Saudi
April 29, 2022· Dunia
Popular
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Gerbang iPay88 alami ‘insiden’, data kad pelanggan mungkin terjejas
August 11, 2022
Bekas CEO Astro belum serah aset dikaitkan dengan 1MDB, lapor Utusan
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit rendah berbanding dolar AS
52 minit lalu · Isu semasa
Aktiviti pengambilan untung punca Bursa Malaysia dibuka rendah
57 minit lalu · Isu semasa
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
1 jam lalu · Isu semasa
Aktifkan 2FA elak media sosial peribadi digodam, diambil alih
1 jam lalu · Isu semasa
Jangkitan baharu Covid-19 semalam kekal lebih 4,000, 10 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok