Misi HM4P bantu rakyat Palestin berjaya walaupun gagal masuk Gaza

July 23, 2021 · Isu semasa

Misi Humanitarian Mission 4 Palestin (HM4P), yang diketuai Ketua Biro Kebajikan UMNO (BKUM), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, kira-kira jam 8 malam tadi.

Setelah tiba, anggota HM4P menjalani proses saringan Covid-19 sebelum dibenarkan keluar ke balai ketibaan kira-kira jam 10 malam dan terus menuju ke pusat kuarantin yang ditetapkan.

Misi itu turut disertai penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli. Jurugambar Agenda Daily, Hiekal Rosli turut dijemput menyertai rombongan berkenaan.

Semua anggota HM4P diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari. Timbalan Pengerusi BKUM merangkap Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, turut serta.

Misi HM4P pada awalnya dirancang selama dua minggu bermula 19 Jun lalu bertujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan warga Palestin terjejas di Semenanjung Gaza yang diserang tentera Rejim Zionis Israel, bagaimanapun berlanjutan sehingga saat terakhir kelmarin.

Kumpulan pertama HM4P berlepas ke Amman, Jordan pada awal pagi 20 Jun lalu, menaiki pesawat Etihad Airways dalam rancangan memasuki Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa sebelum bertolak ke Kaherah, Mesir.

Ketika di Jordan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah RM828,000 diserahkan kepada Tabung al-Aqsa di bawah Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama Jordan bagi membaik pulih pintu, tingkap dan klinik dalam pekarangan Masjid Al-Aqsa yang rosak dalam serbuan dan keganasan dilakukan polis serta tentera rejim Zionis Israel.

Dana itu diserahkan Azeez kepada Menteri Awqaf dan Hal Ehwal Agama Jordan, Dr Mohammad Al-Khalaileh dalam satu majlis ringkas di pejabat menteri itu di Amman.

Ketua Misi HM4P Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyerahkan replika sumbangan AS$200,000 kepada Menteri Awqaf dan Hal Ehwal Agama Jordan, Dr Mohammad Al-Khalaileh dalam satu majlis ringkas di pejabat menteri itu di Amman, Jordan. – Gambar Agenda Daily

HM4P turut mengunjungi enam kem pelarian di Jordan bagi menyampaikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada lebih 1,000 keluarga Palestin semala. Kem pelarian berkenaan adalah Al-Baqa’a; al-Rusaifah; Hitthin; dan Wahadad yang terletak di sekitar ibu negara Jordan itu.

Sumbangan bekalan makanan dan keperluan harian itu mencukupi untuk tempoh sebulan bagi sesebuah keluarga pelarian itu. Ia diagihkan dengan kerjasama Lajnah Zakat Jordan di Al-Baqa’a yang diwakili Hashim Muhammad Al-Titi.

Misi itu kemudian bertolak ke Mesir dalam rangka memasuki Semenanjung Gaza menerusi pintu sempadan di Rafah.

Walaupun gagal untuk masuk ke Semenanjung Gaza disebabkan faktor keselamatan, Azeez memberitahu Agenda Daily pihaknya berpuas hati kerana masih mampu menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin menerusi beberapa pihak di Jordan dan Mesir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan sidang video bersama anggota Misi Humanitarian Mission 4 Palestin (HM4P). – Gambar FB TPM

Beliau membuat keputusan menangguhkan HM4P selepas dinasihatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri susulan isu keselamatan di wilayah bergolak itu.

Katanya, beliau telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri dan memaklumkan pihak tentera Mesir tidak dapat memberi jaminan keselamatan susulan keadaan tidak menentu di Semenanjung Gaza.

Ini susulan beberapa hari lalu tentera udara rejim Zionis melakukan serangan udara di sekitar Semenanjung Gaza dengan alasan membalas tindakan pejuang Palestin yang melepaskan belon pembakar ke kawasan mereka.

Azeez berkata walaupun HM4P mendapat kelulusan kerajaan Mesir, tetapi pihak tentera yang akan membawa rombongan bantuan tidak dapat memberikan jaminan keselamatan.

Bagaimanapun, ketika di Kaherah, HM4P sempat menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin menerusi Pertubuhan Bulan Sabit Merah Mesir yang kerap berulang alik ke Semenanjung Gaza.

Berita berkaitan
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023· Dunia
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok