Misi bantuan MP Perikatan Nasional berlepas ke Turkiye

March 3, 2023 · Isu semasa

Perikatan Nasional (PN) menghantar misi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria dengan disertai Ahli Parlimennya (MP) malam tadi.

Misi bantuan dengan MP PN itu selain menghantar makanan dan pakaian, bantuan juga difokuskan kepada program seperti membina semula lima rumah sederhana kekal daripada kontena yang bernilai RM30,000 sebuah dengan tumpuan kawasan terjejas di Gaziantep dan Hatay.

Misi bantuan itu disertai enam MP daripada PN, diketuai Timbalan Presiden PAS yang juga MP Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Ini misi bersama Sekretariat Aid4 Turkiye-Syria yang mana kita akan agihkan bantuan makanan dan pakaian untuk musim sejuk yang akan dihantar ke kawasan sempadan dua negara terbabit membabitkan peruntukan bantuan bernilai RM200,000.

“Kita juga membina semula lima rumah sederhana kekal daripada kontena dengan kos sebanyak RM150,000. Selain itu kita juga merancang menghantar bantuan satu kontena makanan ke kawasan terjejas di Syria.

“Sebanyak RM350,000 diperuntukkan dalam misi bantuan ini hasil daripada sumbangan ahli Parlimen PN dan juga orang ramai,” katanya dipetik laporan BH.

Selain Tuan Ibrahim, misi itu disertai MP Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman; MP Pendang, Datuk Awang Hashim; MP Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; MP Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahya dan MP Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Turut serta Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh.

Tuan Ibrahim berkata, misi kali ini juga untuk melihat keperluan dan bantuan yang diperlukan mangsa di dua negara terbabit.

“Kita juga berharap dapat memberikan lebih banyak bantuan dan sumbangan kepada mangsa kerana musibah yang berlaku sangat dahsyat.

“Untuk bantuan jangka panjang, kita juga merancang untuk membina 100 rumah kontena untuk keperluan mangsa yang kehilangan tempat tinggal mereka terutama di Turkiye,” katanya.

Delegasi misi kemanusiaan itu yang turut disertai sukarelawan daripada PasRelief dan Sekretariat Aid4 Turkiye Syria, dijangka akan pulang ke tanah air pada 7 Mac ini.

Pada 6 Februari lalu, Turkiye dilanda dua gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter yang berpusat di wilayah Kahramanmaras selatan negara itu dan kesannya turut menggegarkan negara jiran Syria.

Menurut angka rasmi terkini, kira-kira 50,000 orang terbunuh di kedua-dua negara berkenaan akibat bencana itu

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis
March 24, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
1 jam lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
32 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok