Minyak RON97 naik 4 sen, harga RON95 dan diesel kekal

January 12, 2022 · Isu semasa

Harga runcit petrol RON97 naik 4 sen kepada harga RM3.07 seliter berbanding RM3.03 seliter minggu lalu.

Sementara itu, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 19 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Berita berkaitan
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Harga minyak petrol RON97 naik 10 sen seliter
September 20, 2023· Isu semasa
Harga barang naik, PMX umum cukai baharu pula akan diperkenalkan
September 11, 2023· Isu semasa
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
10 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
19 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
19 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
19 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
5 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok