Minggu pertama sidang Dewan Rakyat cipta sejarah

July 22, 2022 · Isu semasa

Minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin (18 Julai) mencipta sejarah buat negara dengan lulusnya Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021.

Penggubalan RUU yang bermula sejak 2011 itu diharap berupaya menangani isu gangguan seksual di Malaysia yang belum memiliki undang-undang khusus mengenainya.

Namun, kelulusan RUU pada Rabu (20 Julai) itu tidak terlepas daripada ‘drama’ apabila pihak pembangkang mendakwa Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mengeluarkan kata kesat dan lucah sehingga mencetuskan situasi ‘panas’ ketika sesi perbahasan, menurut Bernama.

Sidang dewan juga mengalami kekecohan apabila Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) diarah keluar dan digantung dua hari daripada menghadiri mesyuarat setelah bertegas mahu usul tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah dibahas di Dewan Rakyat.

Isu berkenaan terus dibangkitkan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang sebelum Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun menjelaskan pada Rabu bahawa perbincangan berhubung tuntutan kumpulan Sulu di Parlimen boleh menjejaskan kepentingan Malaysia dalam prosiding litigasi kes berkenaan.

Menurutnya, perbincangan mengenai perkara itu berkemungkinan akan mendedahkan strategi negara dalam hal berkaitan, sekali gus memberi manfaat kepada pihak lain.

Pada 12 Julai lepas, Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award bertarikh 28 Feb 2022 yang dikeluarkan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa berikutan tuntutan kumpulan Sulu melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Sebelum ini, dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh kumpulan Sulu, yang dikatakan menuntut US$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Turut menarik perhatian, Dewan Rakyat meluluskan usul membatalkan keputusan dewan pada 23 Mac lepas yang menolak lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Usul itu diluluskan setelah melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 105 Ahli Parlimen bersetuju manakala 83 tidak bersetuju dan 32 tidak hadir, sekali gus membolehkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan semula usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) akta berkenaan untuk tempoh tahanan 28 hari dikekalkan bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini, pada persidangan kali ini.

Dewan Rakyat turut meluluskan tujuh rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022; Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021; Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022.

Turut diluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022; Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022.

Bagaimanapun, usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said ditangguh sekali lagi ke persidangan akan datang.

Berita berkaitan
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Speaker putuskan tiada kekosongan di empat kerusi bekas ahli Bersatu Sabah
January 16, 2023· Politik
Zahid akui Muhyiddin miliki majoriti awal jadi PM, 10 SD ditandatangani MP BN: Laporan
January 11, 2023· Politik
Wan Saiful bidas MP kerajaan suka melolong dalam Dewan Rakyat
December 24, 2022· Politik
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
17 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
17 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
14 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok