Mie Sedaap Indonesia dijual di Malaysia tiada racun perosak: KKM

October 7, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada mi segera ‘Sup Pedas Korea’ dan ‘Ayam Pedas Korea’ jenama Mie Sedaap keluaran Indonesia yang dilaporkan mengandungi kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak, dijual di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mendapati jenama mi segera itu memang dijual di negara ini, tetapi tidak membabitkan tarikh luput yang ditarik balik Agensi Makanan Singapura (SFA).

“KKM mengambil maklum laporan media mengenai kehadiran etilena oksida yang dikesan dalam beberapa perisa produk Mie Sedaap keluaran Indonesia.

“Produk berkenaan adalah mi segera Ayam Pedas Mie Sedaap Kore dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mie Sedaap Sup Pedas Korea dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

“FoSIM mengesahkan produk berkenaan ada diimport ke negara ini. Bagaimanapun tiada kemasukan produk terbabit dengan dengan tarikh luput dinyatakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan dua produk Mie Sedaap ditarik balik kerana kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak.

SFA berkata, etilena oksida dikesan dalam produk semasa tinjauan produk makanan, selepas racun perosak yang sama dikesan dalam produk ais krim Haagen-Dazs pada Ogos lalu yang juga sudah ditarik balik ketika itu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM akan terus membuat pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara serta sentiasa peka danprihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Beliau berkata, etilena oksida adalah racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Ia adalah sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membasmi makhluk perosak seperti serangga.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Varian baharu Omicron XBB dikesan berada dalam Malaysia: Khairy
October 21, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Cabaran rasuah siber menerusi wang kripto perlu segera ditangani
August 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok