MetMalaysia ramal hujan lebat, ribut petir petang ini

October 7, 2022 · Isu semasa

Beberapa kawasan di sekitar ibu negara mengalami hujan lebat tengah hari ini (7 Oktober 2022), tatkala Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan di hampir seluruh negara, petang ini.

MetMalaysia meramalkan ribut petir di beberapa kawasan sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor, petang ini.

Beberapa kawasan pedalaman di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut diramal mengalami ribut petir, manakala hujan dijangka melanda pedalaman Perak dalam tempoh sama.

Di Sarawak, ribut petir diramal berlaku petang ini di satu atau dua lokasi di Kapit, Miri dan Limbang selain beberapa lokasi di Labuan, Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah.

Hanya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu di Sarawak diramalkan cuaca cerah petang ini.

Ribut petir diramal turut melanda beberapa lokasi di Terengganu, selain Kelantan, Pahang manakala hujan pula di beberapa tempat di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, Perlis, Kedah dan Perak malam ini.

Untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Cuaca buruk, proses pengundian digantung di Baram
November 19, 2022· Isu semasa
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Ribut petir dijangka mulai esok hingga minggu depan
November 18, 2022· Isu semasa
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
59 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
13 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
24 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok