MetMalaysia keluar amaran ribut, hujan lebat hampir di seluruh negara hari ini

October 21, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hampir di seluruh negara, hari ini sehingga jam 7 malam.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 4.35 petang tadi memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim),  Kelantan (Jeli, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Selain itu, ia juga dijangka berlaku di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera), Selangor (Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) • Johor (Kluang dan Mersing), Sarawak: Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Belaga), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang, Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan WP Labuan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Ribut petir dijangka mulai esok hingga minggu depan
November 18, 2022· Isu semasa
Hujan lebat sejak malam tadi, Lembah Klang banjir
November 17, 2022· Isu semasa
PRU-15 : Dijangka ribut petir seluruh negara pada petang hari pengundian
November 17, 2022· Isu semasa
Paras air melebihi tahap bahaya di 6 negeri, Selangor paling banyak – JPS
November 17, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
23 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
3,537 kes baharu, lapan kematian
November 24, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok