MetMalaysia keluar amaran musim tengkujuh bermula minggu depan

November 3, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran bahawa Monsun Timur Laut akan melanda negara lebih awal daripada jangkaan.

Jabatan itu menganggarkan monsun itu dijangka bermula dari Selasa (7 November 2022) dan berterusan sehingga kira-kira Mac tahun depan.

Kira-kira empat hingga enam episod hujan monsun, yang akan membawa hujan lebat berterusan, dijangka berlaku sepanjang tempoh ini.

“Seperti musim tengkujuh sebelum ini, hujan lebat berterusan walaupun beberapa hari telah diketahui menyebabkan bencana banjir di kawasan rendah dan kawasan berhampiran sungai.

“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan fenomena air pasang besar, maka risiko banjir pasti akan meningkat,” kata MetMalaysia memberi amaran.

MetMalaysia juga meramalkan penomena air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh 6 hingga 11 November; 22 hingga 27 November; 7 hingga 12 Disember; 22 hingga 26 Disember; serta 6 hingga 10 Januari 2023 dan 21 hingga 25 Januari 2023.

Ketika musim Monsun Timur Laut, angin timur laut dijangka bertiup secara berterusan, menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di Laut China Selatan.

Orang ramai dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta berwaspada dengan maklumat terkini, nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh jabatan itu melalui pelbagai saluran termasuk menerusi laman webnya www.met.gov.my, Aplikasi Mudah Alih MyCuaca, dan saluran media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram).

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline Jabatan, 1-300-322-1638.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan air Sungai Gombak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, mencecah paras melebihi tahap bahaya sehingga jam 5.45 petang ini apabila mencatat bacaan 31.20 meter (m), berbanding 29.00m paras normal.

Sungai Sibiu di Bintulu, Sarawak juga mencatat paras melebihi bahaya apabila merekodkan 5.38m berbanding 0.07m paras normal.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
17 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
17 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
17 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
17 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
43 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok