MetMalaysia keluar amaran hujan lebat, ribut petir sehingga Jumaat

October 10, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hari ini mulai esok (11 Oktober 2022), tatkala Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam keadaan negara yang bakal berdepan musim tengkujuh.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia meramalkan hujan di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang pula, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat: Perak, Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Manakala sebelah malam pula ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Terengganu, Kelantan dan Pahang, manakala hujan di Kedah, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Met Malaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan mulai 12 hingga 14 Oktober bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ia meliputi:

i) Sarawak: Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak: Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang;

ii) Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat; dan

iii) WP Labuan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022· Isu semasa
Hujan lebat dan ribut petir diramal seluruh negara selama tiga hari
November 28, 2022· Isu semasa
Cuaca buruk, proses pengundian digantung di Baram
November 19, 2022· Isu semasa
Ribut petir dijangka mulai esok hingga minggu depan
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
15 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
17 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
24 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok