MetMalaysia keluar amaran hujan lebat di Pahang

Amaran terbaharu dikeluarkan petang ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang.

Dalam amaran terbaharu itu, MetMalaysia memberitahu ia melibatkan deerah di Kuantan, Bera, Rompin dan Pekan.

MetMalaysia dalam kenyataannya, berkata beberapa daerah di dua negeri itu dijangka hujan sangat lebat yang berterusan sehingga esok.

Dalam pada itu, hujan hebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku hari ini dan esok di Pahang iaitu Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran; selain di Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat, Sabah serta seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Seterusnya, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran waspada membabitkan Kelantan, Terengganu, Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub) dari hari ini hingga Selasa.

Amaran waspada itu membabitkan Tuaran, Ranau dan Kota Belud serta Sandakan (Kinabatangan).

Dalam pada itu, hujan berterusan dijangka berlaku sehingga esok yang membabitkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Selain itu, hujan berterusan dijangka berlaku hari ini dan esok di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

Amaran hujan berterusan tahap buruk pula dikeluarkan apabila apabila terdapat tanda yang menunjukkan hujan serta ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh enam jam.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila apabila terdapat tanda yang menunjukkan hujan serta ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi tempoh enam jam di sesuatu kawasan terbabit.

Terdahulu, amaran hujan sangat lebat berterusan dikeluarkan bagi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru, Johor yang dijangka berlaku sepanjang hari ini.

BERITA BERKAIT
POPULAR