MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Sabah dan Sarawak

December 26, 2021 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan akan berlakunya luruan monsun pada esok hingga 2 Jan tahun depan dan pada masa sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.

Menurut hantaran di Facebook rasmi MetMalaysia hari ini, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah pada 27 Dis hingga 2 Jan dan di barat Sarawak pada 29 hingga 31 Dis ini, lapor Bernama.

Manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Dis hingga 2 Jan.

Angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan Pantai Timur di Semenanjung pada 27 Dis hingga 2 Jan.

MetMalaysia mengeluarkan ramalan itu berdasarkan analisis model METMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Jumaat: MetMalaysia
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok