MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kedah, Perlis

October 16, 2022 · Isu semasa

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di seluruh Perlis dan sebahagian Kedah hari ini hingga esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pagi tadi, Kedah melibatkan kawasan sekitar Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

Susulan hujan lebat sejak malam tadi, beberapa kawasan di Kangar, Perlis mengalami banjir kilat.

Antara kawasan terlibat ialah Taman Kuala Perlis; Kampung (Kg) Sentua; Kg Seriab; dan Kg Bakau.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis mengeluarkan senarai lokasi berisiko banjir di negeri itu yang melibatkan tiga daerah iaitu Kangar, Padang Besar dan Arau.

Hujan lebat berterusan juga menjejaskan beberapa kawasan di Pulau Pinang. Antara kawasan terlibat di Pulau Pinang ialah Jalan P Ramlee; Kampung Masjid; dan Kampung Naran yang membabitkan berpuluh-puluh rumah kediaman dinaiki air sehingga paras lutut.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok