MetMalaysia kata rakyat tak perlu bimbang amaran cuaca buruk dari Amerika

October 3, 2022 · Isu semasa

Amaran cuaca buruk dikeluarkan di laman web rasmi kedutaan Amerika Syarikat (AS) kepada rakyat mereka di negara ini tidak perlu dibimbangi orang ramai, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam satu kenyataan menjelaskan amaran yang dikeluarkan oleh kedutaan AS itu adalah susulan fasa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada pertengahan Nov 2022 hingga Mac 2023.

Bagaimanapun, MetMalaysia menyarankan orang ramai disarankan untuk bersiap sedia sewajarnya bagi menghadapi fasa cuaca tersebut.

Orang awam juga disarankan mengikut arahan agensi-agensi pengurusan bencana negara semasa kejadian banjir dan diminta untuk lebih peka dengan sebarang perubahan cuaca.

“MetMalaysia melakukan pemantauan cuaca secara berterusan 24 jam sehari sepanjang tahun dan amaran cuaca dikeluarkan sekiranya dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora serta siklon tropika.

“Amaran cuaca tersebut akan dihebahkan melalui pelbagai saluran kepada orang awam termasuk warga AS di Malaysia,” menurut kenyataan MetMalaysia hari ini.

Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web iaitu www.met.gov.my aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta talian utama di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan mengalamai hujan lebat dalam tempoh fasa cuaca itu yang boleh mengakibatkan banjir terutama di kawasan rendah selain risiko bencana lebih buruk sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut.

Berita berkaitan
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023· Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023· Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023· Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
9 minit lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
30 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
32 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok