Mesyuarat Rizab Persekutuan AS dorong nilai ringgit dibuka rendah

June 13, 2022 · Isu semasa

Sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat dua hari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menyebabkan ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini, kata seorang peniaga

Menyaksikan dolar AS terus mengukuh mata wang tempatan jatuh kepada 4.4090/4130 pada jam 9 pagi tadi, berbanding dolar AS daripada 4.4000/4030 pada penutup urus niaga Jumaat.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal lemah hari ini kerana ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) berkemungkinan mengekalkan kecenderungannya untuk menaikkan kadar faedah apabila bermesyuarat pada 14 dan 15 Jun nanti.

“Mesyuarat FOMC minggu ini juga penting kerana kakitangan Fed akan berkongsi unjuran suku tahunan terkini mereka.

“Justeru, ini akan menjadikan ringgit lemah minggu ini bersama-sama dengan mata wang serantau lain berikutan pengukuhan dolar AS,” katanya menurut Bernama.

Mohd Afzanizam berkata jangkaan itu didorong terutamanya oleh data terkini indeks harga pengguna (CPI) AS pada Mei yang meningkat sebanyak 8.6 peratus dan melepasi anggaran konsensus sebanyak 8.3 peratus.

Kenaikan 50 mata asas dalam Kadar Dana Persekutuan (Fed) telah pun ditetapkan dan ia mungkin berterusan dalam mesyuarat Julai, sekali gus menyaksikan satu lagi pusingan kenaikan kadar pada mesyuarat September, katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4120/4170 daripada penutup Jumaat 5.4784/4822 dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1701/1737 daripada 3.1856/1880 sebelumnya.

Ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2667/2699 daripada 3.2870/2895 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6224/6266 daripada 4.6618/6650.

Berita berkaitan
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
Ringgit dijangka kekal menyusut berbanding dolar minggu depan
June 18, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, prestasi lemah berbanding dolar AS
June 14, 2022· Isu semasa
Pakar ramal ringgit kembali mengukuh menjelang akhir tahun
June 3, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
4 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok