Mesej tular: KKM belum terima laporan kes cacar monyet menular

May 25, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes jangkitan cacar monyet atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus itu seperti dalam mesej berserta gambar yang tular di media sosial.

KKM dalam hantaran di Twitter menyatakan ia tidak menerima pemakluman berhubung jangkitan itu setakat 5 petang semalam.

“Sekiranya gambar itu adalah benar, waris kepada kanak-kanak itu dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan,” katanya.

Orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan. – Bernama

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Dakwaan kerajaan rekod semua panggilan pantau media sosial adalah palsu
July 4, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
11 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
12 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok