Merdeka! Ramai tak pakai pelitup muka, 2,144 kes, empat kematian

August 31, 2022 · Isu semasa

Ramai yang masih lupa bahawa wabak Covid-19 masih belum reda sepenuhnya, apabila kebanyakan peserta perbarisan dan orang ramai yang hadir pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, hari ini (31 Ogos), tidak memakai pelitup muka.

Walaupun, pemakaian pelitup muka sudah tidak diwajibkan orang ramai dan penganjur sepatutnya menjaga keselamatan diri, terutama kanak-kanak, daripada jangkitan Covid-19.

Dalam gembira menyambut Hari Kemerdekaan ke-65, jangan lupa virus SAR-CoV-2 berada di sekeliling kita!

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 30 Ogos) naik sedikit kepada 2,144 kes berbanding 1,946 kes yang dilaporkan pada Isnin, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,780,284 kes, dengan 4,712,915 pesakit telah sembuh, termasuk 2,549 yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,445 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 480 kes (penerima dua dos); 206 (individu tidak divaksinasi); dan 13 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 31,159 kes masih aktif, turun berbanding 31,568 yang dicatat pada Isnin. Jumlah itu termasuk, 29,784 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (30,163 pada Isnin); dan 15 ditempatkan di PKRC (18 pada Isnin).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital bagaimanapun turun sedikit kepada 1,288 semalam, berbanding 1,312 pesakit pada Isnin, dan 72 dimasukkan ke unit rawatan rapi (75 pada Isnin), dengan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, kekal seperti Isnin.

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 419 (1,459,750);
  • Kuala Lumpur – 462 (425,404);
  • Johor – 80 (391,913);
  • Sabah – 220 (389,673);
  • Sarawak – 138 (312,777);
  • Kedah – 103 (307,646);
  • Pulau Pinang – 98 (294,800);
  • Kelantan – 113 (251,933);
  • Perak – 167 (222,494);
  • Negeri Sembilan – 101 (219,210);
  • Pahang – 54 (176,081);
  • Melaka – 108 (133,031);
  • Terengganu – 39 (128,752);
  • Putrajaya – 30 (26,482);
  • Labuan – 7 (22,139); dan
  • Perlis – 5 (18,199).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).

Empat kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, dan Kuala Lumpur (BID)

Data laman sesawang CovidNOW KKM menunjukkan sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 meningkat kepada 36,210 kes, termasuk 7,695 kes BID.

KKM juga memaklumkan satu kluster baharu Covid-19 dikesan di Seremban membabitkan kumpulan berisiko tinggi sebanyak 10 kes iaitu Kluster Jalan Han Hui Doong 2.

Ini menjadikan sehingga kini, 32 kluster masih aktif, daripada 7,068 kluster yang dikesan sejak awal penularan Covid-19 pada 2020 lalu.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes baharu hampiri 7,000, Selangor, KL tertinggi
July 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
11 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
17 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
17 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
20 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok