Menyokong kesihatan mental melalui media sosial

October 30, 2021 · Isu semasa

Sejak pandemik Covid-19 bermula, Malaysia telah menyaksikan peningkatan kes bunuh diri dan kesejahteraan mental pada kadar yang membimbangkan.

Berdasarkan data Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat 638 kes bunuh diri dilaporkan antara Januari dan Julai tahun ini berbanding 262 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Malah, antara 1 Januari dan 18 Jun tahun ini,talian bantuan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyaksikan 89.4 peratus adalah berkaitan isu kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi dan psikologi.

Justeru itu, Facebook Malaysia telah membina asas yang kukuh dalam menyokong kesihatan mental, selain komitmen dan menyediakan pelaburan untuk membangunkan alatan dan sumber-sumber kesejahteraan mental menerusi kempen #RealTalk Instagram.

Kempen tersebut telah dilancarkan pada November 2020, diikuti dengan edisi susulannya pada Februari 2021. Malah, Instagram juga akan mengumumkan edisi ketiga #RealTalk dalam beberapa minggu akan datang sebagai usaha untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan golongan belia terus dilaksanakan.

Menurut Pengarah Negara, Facebook Malaysia, Nicole Tan, Facebook membantu memudahkan akses kepada sumber kesihatan mental dan juga menghubungkan orang ramai dengan rakan kerjasama pakar seperti MIASA, AWAS Malaysia dan BefriendersKL untuk mendapatkan bantuan.

“Menerusi kempen kerjasama ini, kami ingin meluaskan lagi akses kepada bantuan kesihatan dan kesejahteraan mental, alatan dan sumber di Facebook, Instagram dan WhatsApp pada bila-bila masa. Kami berharap menerusi komuniti mereka di media sosial, orang ramai akan dapat mewujudkan rangkaian bantuan yang mereka perlukan selain meningkatkan daya tahan emosi yang dapat memainkan peranan di dalam mengurangkan stigma,” katanya.

Tambah Nicole, kempen #SamaSamaSupport ini akan menumpukan kepada perkembangan usaha-usaha berkenaan dengan menyokong dan bekerjasama dengan rakan kerjasama kesihatan mental yang pakar dalam spektrum kesihatan mental untuk bersama-sama mencapai impak dan jangkauan yang lebih besar.

Selain itu, Facebook turut menggalakkan hubungan sosial dan pembangunan komuniti yang inklusif bagi membantu meningkatkan daya tahan emosi.

“Usaha ini juga akan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan serta menyediakan akses kepada sumber dan alatan kesihatan mental asas dengan lebih saksama.

“Cabaran kesihatan mental semakin meningkat dalam masyarakat kami, tetapi ianya dianggap sebagai satu perkara yang tidak patut dibicarakan dan disuarakan. Semasa pandemik ini, kesihatan mental benar-benar diketengahkan kerana ramai orang berasa terasing dan tidak pasti akan masa akan datang. Jadi, apabila kita sebagai satu komuniti bersatu padu untuk mengetengahkan perkara ini dan menghapuskan stigma, ini akan membawa perubahan yang positif,” jelasnya.

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Status FB Mahfuz jadi bahan orang ramai selepas kalah sekali lagi
August 21, 2023· Politik
Kes penceramah pro-PH hina Sultan Selangor, mahkamah tolak permohonan Wan Ji
August 14, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok