Menteri nafi keluar kenyataan gesa makan itik kerana harga ayam mahal

November 24, 2021 · Isu semasa

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan beliau menggesa pengguna di negara ini untuk memakan itik sementara kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam.

Nanta berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu yang tidak sensitif dan seperti mempersendakan rakyat yang sedang dalam kesusahan.

“Sebagai seorang yang datang dari kawasan pedalaman di Kapit Sarawak, isu-isu seperti ini sememangnya amat dekat di hati saya dan bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan.

“Saya dan semua warga KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) amat mengambil serius isu kenaikan harga barangan yang menekan rakyat. Sebagai menteri, tentunya saya sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian bagi isu seumpama ini,” katanya lapor Bernama dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan satu gambar tular menunjukkan Nanta menggesa pengguna di Malaysia untuk memakan itik sementara kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam.

Sementara itu, Nanta berkata usaha mencari jalan penyelesaian masalah harga barang memerlukan masa kerana melibatkan pelbagai kementerian dan agensi lain sebelum kerajaan dapat memberikan satu penyelesaian.

Beliau berkata isu kenaikan harga barangan sememangnya membelenggu dunia dan bukan sahaja Malaysia.

“Ini adalah kesan daripada penularan wabak COVID-19 yang telah melumpuhkan aktiviti ekonomi sejak sekian lama.

“Saya mohon kepada semua Keluarga Malaysia, janganlah kita mengeruhkan lagi keadaan dengan menyebarkan perkara-perkara berunsur fitnah seperti ini,” katanya.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok