Menteri kongsi derita dijangkiti Covid-19, gesa rakyat ambil vaksin

June 1, 2021 · Isu semasa

Pengalaman dirawat selepas dijangkiti Covid-19 adalah sesuatu yang perit dan menderita, malah ia hampir meragut nyawa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah selepas disahkan positif virus membunuh itu.

Saifuddin berkongsi pengalaman pahitnya bertarung virus tersebut semasa menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh apabila beliau mengalami sesak nafas setelah bacaan oksigen berada di paras rendah iaitu 70 peratus.

“Pokoknya jangan main-main dengan COVID-19. Saya antara yang bernasib baik kerana duduk di Hospital Sungai Buloh selama 16 hari. Lima hari itu saya di wad pemerhatian dan satu pagi yang tidak boleh saya lupakan ialah paras oksigen rendah iaitu pada 70 peratus dan sesak nafas. Memang itu adalah masa kritikal, jururawat datang setengah jam duduk sebelah saya nasihat macam mana bernafas dengan betul.

“Alhamdulillah paras oksigen saya naik ke minimum yang mereka boleh terima, kalau tidak saya masuk Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Hari Raya kedua saya discaj dan ya paru-paru saya terjejas,” katanya lapor Bernama.

Saifuddin berkata kesan selepas dijangkiti Covid-19 masih dirasainya sehingga hari ini apabila muda merasa penat.

Beliau turut menggesa supaya orang ramai mengambil suntikan vaksin selain memastikan sistem imunisasi kuat sebagai pertahanan terhadap virus Covid-19.

Saifuddin berkata sebelum dijangkiti COVID-19 pada 29 April lalu, beliau berhajat menerima vaksin bersama pengamal media dengan menjaga segala prosedur operasi standard (SOP) namun kini tidak dapat bersama pengamal media untuk menerima vaksin kerana perlu menunggu tarikh yang sesuai selepas dijangkiti.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) meneruskan pelbagai pengisian berkaitan COVID-19 dalam menyalurkan maklumat dan mendidik masyarakat tentang pandemik itu.

“Sekarang tumpuan diberi di kawasan pantai timur yang nampaknya kurang sambutan vaksin.

“Radio RTM di Kelantan, Terengganu, Pahang memainkan peranan dalam membantu masyarakat dari segi pendaftaran vaksin dan kempen mengambil vaksin. Kita kena buat apa cara sekalipun sebab kita nak capai matlamat vaksin seramai mungkin rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok